Isu Semasa

Pentafsiran Perlembagaan Hendaklah Berlandaskan Watan Tanah Melayu

SIDANG DEMI MALAIU menyokong penuh kaedah pentafsiran perlembagaan yang diterima pakai dalam kes Mahkamah Persekutuan Indira Gandhi yang berbunyi, ” The rules of constitutional interpretation require that constitutional documents be interpreted in a broad and purposive manner and placed in their proper linguistic, philosophic, and historical contexts…”.

Kaedah pentafsiran tersebut adalah selaras dengan kehendak seksyen 3 Akta Undang-undang Sivil 1956 (semakan 1972).

Sehubungan itu, SIDANG DEMI MALAIU ingin membuat penegasan bahawa pentafsiran perlembagaan hendaklah berlandaskan watan Tanah Melayu yang merangkumi aspek falsafah perundangan, bahasa dan konteks sejarah tanah air yang sebenarnya dari zaman Kesultanan Melayu Melaka, bukanlah bermula dengan Persidangan London 1956.

Justeru, SIDANG DEMI MALAIU menyokong penuh RESOLUSI yang dibuat dalam International Convention on The Basic Structure of Constitution 2021 bertarikh 16 Disember 2021 seperti yang berikut:

SECARA UMUMNYA

1. Semua pengamal undang-undang, golongan profesional dan ahli akademik perlu berganding bahu untuk mengukuhkan elemen tradisional yang terkandung dalam perlembagaan tempatan masing-masing sesuai dengan kedudukannya sebagai struktur asas perlembagaan negara.

2. Negara peserta dalam ICOBAC 2021 juga diseru untuk membangunkan pemikiran watan negara masing-masing dalam sistem pendidikannya.

SECARA KHUSUSNYA

1. Kerajaan Malaysia disyorkan dengan seberapa segera untuk menubuhkan Suruhanjaya Kedaulatan Watan Negara bagi melindungi kedudukan yang dilindungi oleh Perkara 37, Perkara 38(4), 159(5) dan 161E Perlembagaan Persekutuan yang terjumlah sebagai struktur asas Perlembagaan Persekutuan.

2. Semua pihak berkuasa berkenaan hendaklah mengukuhkan kefahaman sistem perlembagaan dan kenegaraan Malaysia berlandaskan kerangka watan selaras dengan kaedah pentafsiran perlembagaan dan prinsip amalan kehakiman yang mengutamakan keadaan tempatan (local circumstances).

3. Kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan perlu dimartabatkan sebagai prinsip kedaulatan Malaysia dengan menghormati kedudu kan Islam dalam bidangkuasa Negeri dan kebebasan asasi warganegara Malaysia sebagaimana diperuntukkan oleh Perlembagaan Persekutuan.

4. Pengharmonian undang dalam undang-undang berteraskan prinsip patuh syariah perlu dipergiatkan dalam undang persekutuan dan undang-undang negeri.

5. USIM perlu diberi peruntukan yang secukupnya untuk dibangunkan sebagai pusat penyelidikan dan perkembangan ilmu jurisprudens bagi maksud pengharmonian undangundang negara dengan prinsip patuh syariah.

6. Jurisprudens watan perlu dikembangkan dalam sistem pendidikan dan amalan perundangan negara untuk menjelaskan sistem perlembagaan, kenegaraan dan identiti bangsa Malaysia.

7. Pembinaan bangsa Malaysia hendaklah tidak mengabaikan elemen watan di Tanah Melayu dan Borneo.

Kenyataan bersama daripada ahli Sidang Demi Malaiu

Prof. Dato’ Dr. Halim Hamat
Sidang Demi Malaiu
Ahli Lembaga Pengarah, (LPU), University Malaysia Kelantan

Dato’ Hajah Julita Ilhani Abdul Jabbar
Sidang Demi Malaiu
Peguambela dan peguamcara sivil dan syariah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Dapatkan Kandungan Demi Malaiu Sekarang!
Terima Notifikasi Setiap Kali Kami Siarakan Kandungan Baru