Isu Semasa

Fattah Amin, Pesilat Gayung Fatani Dan Pernah Sertai Kejohanan Silat KL 2010

Sewaktu kemunculan awal Fattah Amin dalam industri lakonan suatu masa dahulu, ramai yang mengecam individu ini dengan pelbagai gelaran termasuklah ‘pelakon kayu’.

Fattah Amin mengendahkan persepsi itu dan terus belajar untuk memperbaiki mutu lakonannya agar orang ramai akan mengenalinya sebagai seorang pelakon berbakat.

Dek kerana usaha itu, penglibatan Fattah Amin dalam filem aksi, KL Special Force (2018) arahan Syamsul Yusof memperlihatkan berlakunya transisi gaya lakonannya.

Sebaik sahaja Fattah Amin muncul dalam trailer filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan, ramai netizen pada mulanya mempersoalkan mengapa perlunya ada Fattah Amin.

Namun setelah didedahkan, Silat Gayung Fatani Masjid Amru Ibni Al’as Bandar Baru Sentul KL, rupa-rupanya Fattah Amin sememangnya seorang pesilat.

Fattah Amin mengangkat silat Gayung Fatani dan merupakan bekas pesilat Kuala Lumpur selain pernah menyertai kejohanan silat kebangsaan tahun 2010.

Menurut sumber, Fattah Amin juga merupakan rakan segelanggang Jurulatih Silat Gayung Fatani Masjid Amru Ibni Alas iaitu Cikgu Akhmal.

Menjadi satu bonus kepada mana-mana lelaki dalam dunia mempelajari silat dan bergelar pelakon, mereka boleh jadi pejuang di layar perak untuk menjentik jati diri orang-orang Melayu tanpa sedar.

Kenang sahaja drama-drama terdahulu seperti Keris Hitam Bersepuh Emas yang melibatkan lakonan Eman Manan, Ebby Yus dan lain-lain.

Begitu juga dengan nama Rusdi Ramly yang cukup terkenal dengan drama-drama kemelayuan dan persilatan sekitar era 90-an sebelum dunia TV dimanipulasi golongan tiada jati diri.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button