Sejarah

Kenapa Orang Melayu Tak Jajah United Kingdom & Jepun? Perhalusi Perspesktif Ini!

Ramai generasi Melayu moden yang belajar sejarah dari buku teks untuk lulus peperiksaan dan kemudian meneruskan hidup tanpa berasa apa-apa bangga dengan pemahaman mereka.

Antara pemahaman yang sangat bangga Melayu moden julangkan ketika ini adalah Portugis, Sepanyol, Inggeris dan Jepun jajah Tanah Melayu dan orang Melayu terpaksa cari jalan untuk capai kemerdekaan.

Kena tahu apa tujuan orang Melayu sampai nak ke United Kingdom jumpa Queen Elizabeth. Tujuan besarnya nak minta berhentilah orang Inggeris gila talak nak campur urusan pentadbiran Tanah Melayu.

Takkan bangsa-bangsa moden yang hidup di Tanah Melayu ini tak pernah cuba untuk ‘minta’. Ada minta buat cara posting dalam media sosial, ada minta dengan cara demonstrasi dan ada minta dengan cara pilhan raya.

Memang orang Melayu cari jalan untuk capai kemerdekaan tetapi lihatlah dari sudut apa, sudutnya adalah orang Melayu mahu bebaskan raja-raja Melayu daripada terus terima campur tangan Inggeris.

Campur tangan Inggeris dengan penjajahan orang Inggeris adalah dua perkara berbeza. Kata sekolah, takkan perbezaan sebegini mudah pun tak boleh nak difahamkan.

Pihak Inggeris cuma campur tangan dari segi pentadbiran, sebab itulah apa-apa cerita sekali pun, kalau penasihat sultan jenis tali barut Inggeris, beri nasihat salah, mereka inilah pengkhianat.

Kalau Tanah Melayu dijajah pihak Inggeris, kenapa pihak Inggeris benak sangat terpaksa jumpa raja-raja Melayu untuk ugut dan paksa terima pihak Inggeris untuk jadi residen.

Kata jajah, buat hal sendirilah tanpa perlu runding dan sebagainya. Tak begitu orang Melayu moden yang keras kepala percaya apa yang terkandung dalam buku teks sebagai sejarah sebenar Tanah Melayu?

Ditambah pula dengan penerimaan adik-beradik dari negara China dan India, orang-orang Melayu memang tak kisah dan mengalu-alukan namun jangan sampai hak ketuanan Melayu hilang.

Ini bukan cerita tentang PRN Johor atau sebagainya. Baik BN, PH mahu pun PH semua ada calon campur-campur Melayu, Cina serta India dan ditegaskan ini bukan soal politik.

Ini soal bagaimana orang Melayu moden yang lahir pada zaman selepas Tanah Melayu berjaya bebaskan campur tangan pihak Inggeris dan memacu semula tanah air dengan cara orang kita.

Sudah berpuluh-puluh tahun sudah, berhentilah termakan dengan dakyah politik, kita pun sudah merasa macam mana air tangan semua parti politik yang cuba jadi kerajaan.

Kaji semula kenapa bukan orang Melayu yang sibuk-sibuk nak menjajah United Kingdom ke, Sepanyol ke, Portugal ke atau Jepun sekali pun.

BACA JUGA > Tanah Melayu Tidak Pernah Dijajah & 31 Ogos 1957 Tarikh Kita Bebaskan Inggeris!

Sebaliknya mereka semua berpusu-pusu menggedik bagai nak gila, meroyan nak sangat jejak Tanah Melayu yang agung dan terpilih ini sampai beratus-ratus tahun.

Sebabnya Tanah Melayu kaya dengan hasil bumi sehingga digelarkan sebagai semenanjung emas. Kaya sampaikan tak perlu menagih simpati benua luar.

Kaya sampai boleh aman dengan cara hidup sendiri namun segelintir orang Melayu moden hari ini teguh percaya dan perjuangkan bangsa mereka paling celaka.

Miskin sangatkah orang Melayu? Bodoh sangatkah orang Melayu? Hina sangatkah orang Melayu? Ya.. jika apabila mengasingkan Islam sebagai salah satu cara hidup.

Apabila memisahkan Islam daripada pentadbiran, apabila memisahkan Islam daripada cara berbudaya, apabila memisahkan Islam daripada cara pemikiran, memang inilah yang kita hadap.

Kenapa? Kerana sistem kita akur pada cara sekular, menuju ke arah liberal dan pemimpin yang ada pula jenis sama, memisahkan agama dalam petadbiran, sampai bila-bilalah Tanah Melayu ini kekal seperti hari ini.

Kita yang pilih untuk pandang Tanah Melayu sebagai zon himpunan manusia pelbagai kaum dengan harmoni berlandaskan petadbiran Islam dan dihormati sebagai agama bagi Persekutuan pada masa akan datang.

Atau selesa memandang Tanah Melayu dikuasai pemimpin dengan sistem sekular yang diwarisi pihak Inggeris biar pun pihak Inggeris tidak campur tangan lagi.

Nampak tak? Padahal boleh sahaja buang corak petadbiran Inggeris dan rombak mengikut cara orang-orang Melayu sebagai tuan tanah dan Islam sebagai pegangan.

Tapi nak mewarisi juga sistem yang memang jelas membawa kehancuran, bersilih ganti pemimpin parti politik pun masih warisi sistem yang sama, tahun 2057 nanti pun anak cucu akan salahkan kita pula!

➡️ Sertai Telegram Demi Malaiu

AYUH SERTAI SERTAI PROGRAM KAMI. DAPATKAN SIJIL PENYERTAAN & T-SHIRT EKSKLUSIF. DAFTAR SEBELUM 15 MAC 2022. KLIK UNTUK MENDAFTAR!

Lihat lagi

Artikel berkenaan

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker