Bila tengok kubur atau tanah perkuburan, akan nampak dengan jelas rekaan batu nesan. Peradaban orang Melayu telah menetapkan jatidiri Melayu pada nesan.
Bagi jenazah lelaki, nesan berbentuk bulat atau empat segi bujur memanjang sementara bagi jenazah wanita, nesan berbentuk kepingan atau bentuk leper memanjang.
Terdapat pelbagai rekaan hiasan pada nesan tersebut di mana yang paling lazimnya adalah dari asas bentuk bunga teratai.
Bunga teratai sangat istimewa dalam pemikiran orang Melayu kerana mungkin ia adalah tumbuhan istimewa yang hidup dalam tiga unsur alam dalam satu masa.
Akarnya duduk di dalam tanah, batangnya duduk di air sementara bunganya duduk di udara. Seperkara lagi yang hebat nya nesan kubur orang Melayu ialah sepasang yang diletakkan pada kedudukan kepala dan kaki dan ini tidak berlaku kepada kubur bangsa dan kaum lain.
Di Tanah Melayu terdapat banyak sepasang menhir batu hidup di atas kuburan purba yang ada diantaranya dianggarkan telah berumur lebih 6,000 tahun.
Secara langsung nesan kembar telah menjadi lambang jatidiri bangsa Melayu sejak berkurun lamanya. Bila lihat ada dua nesan di atas kubur di seluruh muka bumi ini, berkemungkinan besar jenazahnya adalah dari keturunan bangsa Melayu.
Agak menarik jika diperhatikan kubur ibu kepada Sayidina Ali ra dan kubur Sayidatina Fatimah al Zahrah juga ditandakan dengan dua batu nesan. Wallahu Ta’ala Aklam.
Ar. Dr. Mastor Surat
Ketua Kluster Budaya Sidang Demi Malaiu