Nampak seperti muslim sejati namun apabila mendekati, bau busuk dari jiwa hitam berserta hujah tajam sering kali terpamer ibarat dua sahabat baik yang sedang berseronok. Itulah Wahabi yang menghanyutkan Umat Islam.
Berseronok untuk menimbulkan keraguan dalam kalangan umat Islam dan gemar melemparkan hujah bersifat ‘ikut suka mak bapak dia’, asalkan dipandang tinggi kononnya berilmu.
Segala apa yang dilakukan sejak turun-temurun, yang berkait dengan adab dan Islam, dihunuskan pedang lidah mereka, dengan harapan umat Islam jangan teruskannya.
Maka dengan itulah.. frasa bidaah mula muncul. Menidakkan apa yang dilakukan oleh masyarakat Melayu Islam sebagai tidak tepat, salah, songsang dan juga sesat.
Wahabi Menghanyutkan Umat Islam. Hanya orang yang terbuka mata hatinya sahaja kenal siapa dirinya.. berimankah diri? Sudah mendekati diri dengan Allah atau belum? Hanya diri dan Allah sahaja yang tahu.
Berbanding dengan golongan mereka yang ‘super-agung’ ini, perkara yang tak nampak dek mata kasar pun mampu disimpulkan sebagai hujah yang meyakinkan, meyakinkan orang yang lemah jiwa Islamnya.
Semoga kita terhindar daripada menjadi sebahagian golongan ini dan sekiranya ada perbuatan kita secara tidak sengaja melampaui batas, semoga Allah ampunkan dan bukalah pintu taubat untuk hambaNya!