Sejarah

Demi Rakyat: Surat Terbuka Kepada Raja-Raja Melayu

Berikutan keadaan rakyat semakin tertekan dengan situasi semasa

ALHAMDULLAH. Menjunjung kasih ke bawah Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu.

 

Mohon sembah untuk berbicara dari sudut hati yang dalam.

 

Kami anak muda ingin melahirkan rasa kebimbangan dan kekesalan dengan apa yang berlaku di Malaysia pada hari ini.

 

Luahan ini bukanlah mahu menidakkan ketentuan ILAHI di mana segala-galanya berlaku adalah di atas keizinan Yang Maha Esa.

 

Apa yang menarik perhatian kami ialah cara kepemimpinan Perikatan Nasional (PN) dalam menyelesaikan segala masalah yang berlaku sangat mengecewakan.

 

Ini berikutan semakin hari kehidupan rakyat semakin tertekan akibat daripada tindakan yang kurang bijak dalam merungkai segala masalah.

 

Benar, PN yang diketuai oleh PM telah berusaha untuk menyelesaikan pelbagai masalah yang berlaku semenjak daripada pemerintahan wakil kerajaan sebelumnya iaitu PH dan BN.

 

Namun ianya dilihat tidak cukup baik berikutan kedengaran pelbagai rungutan daripada segenap lapisan masyarakat.

 

Rungutan tersebut ada asasnya kerana PM tidak mempunyai satu pelan yang lengkap untuk mengeluarkan rakyat daripada kemelut kesusahan dan kepayahan yang berpanjangan tanpa ada kesudahannya.

 

Puncak kemarahan rakyat ialah kegagalan PN mencari solusi terbaik dalam menangani isu covid 19.

 

Pelbagai cadangan dan pandangan diberikan oleh rakyat selain daripada menggunakan vaksin covid 19, namun suara rakyat tidak mahu didengari walaupun pelbagai usaha telah dilakukan bagi membantu kerajaan.

 

Inilah punca kepada segala masalah hari ini apabila PM tidak mahu mendengar pandangan rakyat yang dikatakan antivaksin, geng konspirasi dan sebagainya.

 

Bicara mereka seolah-olah kerajaan sahaja yang tahu dalam semua perkara.

 

Covid 19 telah mengubah banyak perkara fitrah sebagai seorang manusia daripada isu Agama, ekonomi, pendidikan, sosial dan sebagainya.

 

Inilah perkara yang tidak boleh diterima oleh masyarakat apabila isu covid 19 dijadikan penyebab untuk kepemimpinan PN melakukan tindakan yang dilihat sangat menjengkelkan terutama dalam isu politik.

 

Atas dasar itu, kami sebagai anak muda merupakan golongan yang paling terkesan sekiranya perkara seperti ini dibiarkan berterusan, natijahnya kami juga yang akan menanggungnya di masa hadapan nanti.

 

Sebelum masa hadapan kami hancur disebabkan oleh mereka yang rakus dalam merebut kuasa dan jawatan, biarlah kami dianggap tidak menghormati pemimpin dan sebagainya daripada kami hidup susah dan menanggung segala beban di masa hadapan nanti.

 

Sekarang pun kami sudah cukup terbeban dengan segala gelagat dan kerenah ahli politik kepartian.

 

Dengan rasa rendah diri, demi masa depan kami yang lebih baik, kami mohon Raja-Raja Melayu untuk membuat keputusan segera sebelum segala-galanya terlewat.

 

Apakah kita semua mahu melihat sejarah lama yang mencengkam jiwa dan raga berulang kembali?

 

Kami anak muda rela berjuang hingga ke titisan darah terakhir daripada melihat Negara Malaysia yang berwarisan Melayu ini hilang nilai asalnya.

 

Melayu ini bukanlah merujuk kepada perkauman tetapi ianya lebih kepada mengajak manusia itu menyembah kepada TUHAN YANG MAHA ESA khususnya di Nusantara ini.

 

Ini juga selaras dengan Rukun Negara yang pertama iaitu Kepercayaan kepada TUHAN.

 

Ini diteruskan dengan Rukun Negara yang kedua iaitu Kesetiaan kepada Raja dan Negara.

 

Inilah yang menjadi pertimbangan kami sebelum kami mengambil tindakan selanjutnya.

 

Sekarang ini ketaatan dan kesetiaan kami anak muda hanya kepada Raja-Raja Melayu selagi mana tidak bercanggah dengan tuntutan AL-QURAN dan SUNNAH RASULULLAH SAW.

 

Ini tidak bermakna kami menidakkan pemimpin kerajaan yang sedia ada tetapi sebagai tanda supaya mereka sedar dan menghormati suara anak muda yang merupakan penyambung tampuk pemerintahan Negara di masa hadapan.

 

Bagi mengelakkan keadaan menjadi lebih buruk, kami anak muda sekali lagi memohon kepada Raja-Raja Melayu untuk memperkenankan Agenda Reset Malaysia untuk dilaksanakan di bumi Malaysia ini.

 

Ini kerana manfaatnya terlalu besar dan ianya akan memberi sinar baru kepada rakyat untuk menikmati kehidupan yang lebih baik.

 

Agenda Reset Malaysia ini juga merupakan suatu agenda rakyat yang akan membawa kepada sebuah peradaban baru di mana mengajak rakyat untuk mereset diri sendiri dan seterusnya membina kehidupan bermasyarakat dalam keadaan aman dan damai melalui doktrin kasih dan sayang.

 

Kesimpulannya, sebagai langkah permulaan mungkin boleh diwujudkan satu Jawatankuasa Di Raja untuk mendengar dan membincangkan tentang Agenda Reset Malaysia yang akan disampaikan oleh Team Reset Malaysia sebagai penggerak utama bagi mewakili rakyat Malaysia yang sudah muak dan menyampah dengan keadaan semasa.

 

Semoga suara penyambung warisan ini sampai kepada pengetahuan Raja-Raja Melayu untuk diamati dan dihalusi melalui sudut hati yang paling dalam agar pulangannya nanti memberi keadilan dan kebahagiaan kepada semua pihak.

 

Kami akhiri warkah ini dengan serangkap pantun.

 

Anak muda gagah berani,

Berani dalam menegakkan kebenaran,

Sangat tinggi harapan kami,

Tinggi lagi harapan agar Agenda Reset Malaysia dapat diperkenankan.

 

Mohon ampun dan maaf segala kesalahan tutur kata. Sekian, Menjunjung kasih.

 

Wallahua’lam…

 

Asmarul Nizan Bin Kassim

Lihat lagi

Artikel berkenaan

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker