Celoteh Tok Sidang

Bahasa Rojak Pemusnah Keindahan Bahasa Melayu

Orang dahulu kata “bahasa jiwa bangsa, jika rosak bahasa maka rosaklah jiwa bangsa itu”. Di institusi pembelajaran lagi, budaya merojakkan bahasa ini telah ada.

Jika kita dengar dan lihat cara pembelajaran di universiti awam Malaysia sekarang, ramai pensyarah termasuk profesornya menggunakan ‘bahasa rojak’ dalam pengajaran dan pembelajaran.

Dalam penulisan pula, banyak meminjam perkataan Inggeris yang di Melayukan termasuklah dalam penulisan tesis dan pembentangan.

Lebih buruk lagi dalam Kamus Dewan dan buku rujukan berbahasa Melayu juga telah banyak peminjaman perkataan Inggeris yang di Melayukan.

Akibatnya ramai pelajar dan pensyarah yang sudah tidak kenal banyak perkataan Melayu seperti cerakin, cerna, bitara dan sebagainya.

Malah ramai orang juga tidak tahu bahawa perkataan ‘hind’ dan ‘hindu’ adalah perkataan Melayu yang tersenarai dalam Kamus Dewan bermaksud ‘nenek moyang’ atau ‘orang asal’.

Menurut World Religulous Encyclopedias, Perkataan ‘hind’ atau ‘hindu’ bukan perkataan orang India dan tidak terdapat dalam kitab agama orang India.

Begitu juga dengan perkataan ‘keling’ yang tiada kaitan dengan orang India, kerana dalam bahasa Melayu, keling adalah sejenis kapal.

Baca juga >> Bangkit Wahai Melayu, Bangsa Kita Hebat! Benarkah?

Maka itu terdapat banyak perkataan yang berkaitan dengan ‘keling’ dalam Kamus Dewan seperti tukang keling, paku keling, kapten keling dan sebagainya.

Maka itu dari sudut pengajaran dan pembelajaran kebobrokan jiwa bangsa Melayu sangat jelas kelihatan. Bila mereka bekerja, ‘bahasa rojak’ terus menerus digunakan.

Bila mereka dah jadi pengarah dan menteri, ‘bahasa rojak’ akan terus digunakan sewaktu berucap.

Bila mereka menjadi pengacara atau pembaca berita, peminjaman bahasa Inggeris akan terus berlaku dan didengari orang ramai.

Yang menjadi masalah ialah orang kampung yang tidak pandai berbahasa Inggeris, tidak akan faham dengan maksud perkataan yang dilafazkan.

Maka itu, usaha untuk membetulkan penggunaan bahasa Melayu perlu dilakukan secara menyeluruh dan sudah pasti ia perlu dimulakan diperingkat sekolah dan pihak penguasa tempatan yang ada kuasa untuk pemantauan.

Maaf sekadar pendapat 2 sen.
Wallahu Ta’ala Aklam
Mastor Surat, 23.4.2024

MELAYU DULU HADIR UJIBAKAT JADI LAKSAMANA,MELAYU SEKARANG JADI APA? ( PENDEKAR MAT ALI )

Lihat lagi

Artikel berkenaan

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker