BudayaIsu Semasa

Dunia Materialistik Menghapuskan Budi Bahasa Dan Integriti

Orang Islam tidak sepatutnya bertuhankan amarah!

Tular satu video guru sekolah tadika yang membaling dan menendang anak muridnya berkali-kali.

Tidak dapat dipastikan mengapa seorang guru yang mengajar peringkat pra sekolah boleh bertindak seganas itu.

Rakyat Malaysia berubah menjadi masyarakat yang saling memarahi, baran, amuk, murung, gila, saling membuli atau kata lainnya “trolling” beberapa tahun kebelakangan ini.

Tidak jua dapat dipastikan trending ini bermula pada tahun ke berapa sejak Persekutuan Malaya ini diwujudkan.

Anggaran saya berkemungkinan semenjak dunia material menjadi pujaan utama berbanding budi bahasa dan akhlak serta integriti.

Terdahulu jua pernah viral akan seorang pensyarah berpangkat Doktor yang mengamuk di jalan raya dengan seorang pemuda, memaki hamun sambil mengharapkan pemuda tersebut mati terkena Covid-19.

Ekspresi wajah pensyarah itu jelas membayangkan tekanan tinggi dan kemarahan terpendam.

Trending kemarahan yang merasuk rakyat Malaysia sampai ke peringkat kritikal pada era Covid-19 ini apabila kita dikejutkan dengan kes seorang suami menembak mati isterinya ketika tidur dan menanam isterinya dalam ladang serai.

Pernah dilaporkan jua seorang ayah menikam anak kecilnya sehingga terkeluar usus namun anak tersebut dapat diselamatkan.

Begitu jua jika kita keluar berjalan ke pasar raya, kita akan melihat pressure dan tekanan tinggi ini melanda negara

Seperti terjadi kepada pekerja kaunter, penjaga tandas, pengawal keselamatan penjual di pasaraya, mahupun pekerja restoran.

Di sana sini manusia marah-marah dan saling memaki hamun.

Suara nak menekan dan mengeras seolah-olah sedang menahan tekanan dalam dada dan melepaskan kepada pihak ketiga.

Terlalu kerap berlaku keganasan, caci-maki, carut marut di jalan raya.

Telah hilang kasih sayang dan sikap lemah lembut warga Malaysia terutama orang-orang Melayu.

Begitu juga kalau panggilan telefon yang kita terima daripada agensi atau syarikat tertentu kadangkalanya menjengkelkan dan marah-marah.

Teringat saya akan satu telefilem arahan Melissa Saila “Kampung Semarah Padi”

Adakah Malaysia telah terkena sumpahan dan bertukar menjadi Negara Semarah Padi?

Sesungguhnya sifat amarah itu akan memakan diri dan seterusnya menjejaskan orang disekeliling. 

Nadia Aziz

Lihat lagi

Artikel berkenaan

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker