Tentang Kami
JENAMA
Demi Malaiu adalah satu jenama yang diwujudkan pada tahun 2020 dengan visi & misi ‘Mengembalikan Peradaban Melayu Yang Mendaulatkan Islam’.
Demi Malaiu menjalinkan kerjasama dengan pelbagai pihak mewakili orang per seorangan, institut pengajian awam, badan bukan kerajaan (NGO), jabatan kerajaan mahu pun unit yang berkaitan.
Semua hasil dapatan menerusi emel, Whatsapp, Facebook, temubual, lisan, manuskrip dan yang berkaitan akan diterbitkan menerusi demimalaiu.com.
PORTAL & MEDIA SOSIAL
demimalaiu.com adalah sebuah portal yang diwujudkan untuk menyampaikan ilmu atau pengetahuan alternatif kepada pembaca moden khususnya rakyat Malaysia.
Tujuannya adalah untuk menyuntik kepada setiap individu agar pentingnya menghidupkan jati diri bangsa berteraskan agama, akidah dan syarak Islam.
Sehubungan itu, Demi Malaiu komited mengeluarkan sumber-sumber secara atas talian dengan niche agama, bangsa, budaya, ekonomi, raja-raja dan sejarah.
Kandungan ini pula akan diterbitkan di beberapa platform media sosial seperti berikut:
Facebook Page : Demi Malaiu
Twitter : @DemiMalaiu
TikTok : demi_malaiu
YouTube : Demi Malaiu
SUMBANGAN
Orang ramai yang memiliki info-info berkait dengan agama, bangsa, budaya, ekonomi, raja-raja dan sejarah boleh berkongsi kepada sekretariat Demi Malaiu untuk diterbitkan.
Info-info yang diterima akan diterbitkan sama ada dalam bentuk artikel, poster, video atau kandungan media sosial yang difikirkan rasional dan memiliki elemen viraliti.
Sumbangan info boleh dihantar kepada emel kami iaitu demimalaiu@gmail.com atau mana-mana sektretariat yang bertugas dengan kaedah yang memudahkan.
KOMUNITI
Demi Malaiu mewujudkan beberapa kumpulan masyarakat di dalam Whatsapp dan juga telegram seperti Komuniti Demi Malaiu yang bertujuan untuk merapatkan ukhwah.
Menerusi kumpulan masyarakat berkenaan, ahli bebas menyuarakan pendapat atau berkongsi sebarang info berkait agama, bangsa, budaya, ekonomi, raja-raja dan sejarah.