Isu Semasa

Skrip ‘Drama Ini Ada Unsur Pengajaran’ & Papar Realiti Masyarakat Sudah Basi!

Sehari dua ini kecoh apabila ada seorang pengarah wanita, Ain Sharif dipercayai seorang Melayu dan masih beragama Islam tergamak meminta pelakon Zul Ariffin dan Siti Hariesa untuk melakukan babak daring.

Paling kelakar, Ain memberitahu mStar bahawa dia tahu babak itu mungkin tidak akan diterima oleh stesen TV namun sengaja membuatnya sebagai second version atau director cut.

Erma Fatima selaku penulis skrip drama berjudul ‘Perempuan Itu..’ sudah awal-awal menasihati pengarah untuk tidak berlebih-lebih dalam mevisualkan babak berkenaan.

Namun Ain seperti tidak mengendahkannya dan menghasilkan second version mengikut imaginasinya lalu bertegas ia hanya akan digunakan bagi tujuan publisiti.

Namun tanpa disangka-sangka pelakon kacak tanah air, Zul Ariffin memuat naik second version atau director cut itu di laman Instagramnya dan ia tular sekelip mata.

Rata-rata netizen berpendapat karya Ain sebagai biadab memandangkan drama Perempuan Itu dijadualkan akan ditayang pada bulan Ramadan tidak lama lagi.

Demi Malaiu memandang serius akan perkara ini kerana kebiadaban dan tindakan menjatuh imej Melayu serta nama baik Islam adalah sesuatu yang tidak molek terus berlaku.

Tambahan pula babak-babak ini bukan kali pertama berlaku dan baik Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM) atau stesen TV itu sendiri, tindakan tegas, bukan amaran, perlu diambil untuk mengawal budaya jijik ini.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Dapatkan Kandungan Demi Malaiu Sekarang!
Terima Notifikasi Setiap Kali Kami Siarakan Kandungan Baru