AgamaIsu SemasaSejarah

Adakah Boikot Berkesan atau Sekadar Melepaskan Batuk di Tangga

Gerakan atau saranan boikot semakin rancak setiap kali pemerintah Zionis melakukan serangan ke atas bumi Palestin.

Saya fikir ini adalah tindakan rakyat tanpa mengira agama, bangsa dan kewarganegaraan didasari oleh kegagalan kepimpinan. Terutamanya pemimpin Islam, di barat gerakan ini dikenali sebagai Boycott, Divestment and Sanctions (BDS).

Ireland dan Afrika Selatan adalah antara negara-negara yang paling lantang menentang dasar Apartheid di Israel.

Mendiang Nelson Mandela pernah berkata, “But we know too well that our freedom is incomplete without the freedom of the Palestinians…” yang bermaksud, “Kemerdekaan kita tidak lengkap tanpa kemerdekaan Palestin…” pada 4 Disember 1997 sempena International Day of Solidarity with Palestinian People, Pretoria.

Maka kita tidak boleh menganggap umat Islam sebagai satu-satunya yang terkesan di dalam hal ini. Pada hakikatnya warga Palestin yang beragama Yahudi dan Nasrani juga ditindas begitu hebat, sehinggakan mereka meninggalkan Palestin segera.

Menurut Al Jazeera, dianggarkan hari ini hanya terdapat 800-1,000 orang Nasrani berbangsa Palestin yang masih kekal di Gaza. Yahudi yang tidak menyokong Zionis pula ada kalanya dibunuh di dalam Synagogue dan dibelasah oleh polis Zionis, namun perkara ini dilenyapkan dari media massa.

Maka timbul pula keberkesanan tindakan boikot atau sekatan pembelian ke atas produk yang menyokong secara langsung pihak Zionis. Boleh jadi wujud syarikat yang mana pengurusan dan pekerja tidak sehaluan. Dalam kes Starbucks contohnya, kesatuan pekerja dan syarikat saling menyaman berkenaan sokongan ke atas Palestin.

Baca juga>> Pokok Gaharu: Warisan Berharga Tanah Melayu

Dalam hal ini, boikot memberi kesan kepada pekerja bawahan yang mendapat gaji minimum, manakala lanjutan sokongan memberi lesen kepada syarikat untuk terus menyokong Zionisme.

Sekatan yang terancang dan terurus boleh memberi amaran kepada syarikat tersebut supaya tidak menyokong pembantaian kanak-kanak dan manusia yang tidak berdosa.

Selain daripada itu terdapat jenama yang mana dimiliki secara keseluruhan oleh syarikat bukan induk, seperti Mcdonald’s dan KFC di Malaysia.

Ya, terdapat bayaran royalti sebanyak 5% kepada syarikat induk, namun demikian 5% ini membentuk satu peratusan yang amat kecil dari keseluruhan keuntungan syarikat.

Barangkali tidak memberi kesan langsung kepada syarikat induk dan memberi impak serta meningkatkan pengangguran di kalangan warga tempatan. Dalam kes ini boikot memberi mudarat kepada warga tempatan.

Namun, terdapat beberapa syarikat yang boleh diboikot dan wajib diboikot kerana pemilikan langsung syarikat induk yang bersimpati dan menyokong gerakan Zionisme, sebagai contoh Nestle, Grab, Visa, Mastercard, bank-bank antarabangsa dan lain-lain syarikat.

Keberkesanan gerakan BDS telah memaksa HSBC menarik balik pelaburan di dalam syarikat Elbit yang merupakan pembuat drone untuk tentera Israel demi membantai warga Palestin.

Syarikat-syarikat ini mempunyai milikan langsung oleh syarikat induk dan boikot akan memberi kesan yang amat mendalam. Kita harus menjadikan boikot ini senjata ampuh yang dilaksanakan dalam keadaan berilmu dan kesedaran.

Boikot yang tersasar seperti ini jika dilaksanakan dengan fokus akan membuatkan syarikat-syarikat ini melutut meminta simpati dan kemaafan dari 2 bilion umat Islam.

Tidak boleh boikot sewenang-wenangnya, sehinggakan memberi kesan yang negatif kepada umat Islam itu sendiri. Seterusnya membuka peluang kepada pelabur licik untuk mengambil kesempatan.

Dalam apa jua tindakan ilmu itu sudah pasti menjadi satu keperluan, suatu tindakan tanpa ilmu adalah dalam kejahilan dan membawa mudarat yang besar kepada umat.

Dalam pada itu, banyak sahaja syarikat yang anti-Zionist, seperti Ben & Jerry’s, Unilever dan lain-lain lagi. Maka boikot dengan sepenuh jiwa dan raga namun lakukan dengan berilmu supaya ianya berkesan.

Boikot bukanlah suatu tindakan yang berkesan untuk jangka panjang, yang terbaik adalah untuk merencatkan industri eksport utama Israel seperti berlian, cip mikro, peralatan perubatan dan peralatan sukatan.

Kita memerlukan kepada tindakan tuntas demi penyelesaian jangka panjang dan pendek demi memartabatkan umat supaya tidak menjadi buih di lautan.

Berikut adalah beberapa nama syarikat yang memboikot Israel, yang dikeluarkan oleh kerajaan Texas.

Menarik: Boikot & Tanggungjawab Bersama Umat Islam

Lihat lagi

Artikel berkenaan

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker