Isu SemasaSejarah

Bahasa Jiwa Bangsa – Dr. Mastor Surat

Orang dahulu kata “bahasa jiwa bangsa, jika rosak bahasa maka rosaklah jiwa bangsa itu”.

Jika kita dengar dan lihat cara pembelajaran di universiti awam Malaysia sekarang, ramai pensyarah termasuk profesornya menggunakan ‘bahasa rojak’ dalam pengajaran dan pembelajaran.

Dalam penulisan pula, banyak meminjam perkataan Inggeris yang diMelayukan termasuklah dalam penulisan tesis dan pembentangan,” ujar Mantan Felo Kanan di Jabatan Senibina UKM, Ar. Dr. Mastor Surat.

Tambahnya, lebih buruk lagi dalam Kamus Dewan dan buku rujukan berbahasa Melayu juga telah banyak peminjaman perkataan Inggeris yang dimelayukan. Akibatnya ramai pelajar dan pensyarah yang sudah tidak kenal banyak perkataan Melayu seperti cerakin, cerna, bitara dan sebagainya.

Malah, ramai orang juga tidak tahu bahawa perkataan ‘hind’ dan ‘hindu’ adalah perkataan Melayu yang tersenarai dalam Kamus Dewan bermaksud ‘nenek moyang’ atau ‘orang asal’. Menurut World Religulous Encyclopedias, Perkataan ‘hind’ atau ‘hindu’ bukan perkataan orang India dan tidak terdapat dalam kitab agama orang India. 

 

Perkataan ‘Keling’ Tiada Kaitan Dengan Orang India?

Dr. Mastor menjelaskan begitu juga dengan perkataan ‘keling’ yang sebenarnya tiada kaitan dengan orang India, kerana dalam bahasa Melayu, keling adalah sejenis kapal. Maka itu, terdapat banyak perkataan yang berkaitan dengan ‘keling’ dalam Kamus Dewan seperti tukang keling, paku keling, kapten keling dan sebagainya.

Maka itu, dari sudut pengajaran dan pembelajaran kebobrokan jiwa bangsa Melayu sangat jelas kelihatan. Bila mereka bekerja, ‘bahasa rojak’ terus menerus digunakan.

Bila mereka dah jadi pengarah dan menteri, ‘bahasa rojak’ akan terus digunakan sewaktu berucap. Bila mereka menjadi pengacara atau pembaca berita, peminjaman bahasa Inggeris akan terus berlaku dan didengari orang ramai. 

“Yang menjadi masalah ialah orang kampung yang tidak pandai berbahasa Inggeris, tidak akan faham dengan maksud perkataan yang dilafazkan.”

Baca juga>> Pekerja Malaysia Perlu Bersolidariti Bersama Pekerja Palestin

Maka itu beliau berpandangan, usaha untuk membetulkan penggunaan bahasa Melayu perlu dilakukan secara menyeluruh dan sudah pasti ia perlu dimulakan di peringkat sekolah dan pihak penguasa tempatan yang ada kuasa untuk pemantauan.

 

Bangsa Melayu Menggunakan Bahasa Sanskrit

Setiap bangsa dan suku kaum mempunyai bahasa sendiri sebagai alat untuk percakapan dan berhubungan serta penyampaian maklumat.

Tak terkecuali Bangsa Melayu mereka telah menggunakan bahasa Sanskrit sebagai alat berhubungan sejak sekian lama. 

Bahasa Sanskrit mungkin telah digunakan sejak di zaman Nabi Adam as dan dikatakan Nabi Nuh as juga bercakap menggunakan bahasa Sanskrit. Namun ada pendapat yang mengatakan Nabi Adam as, Nabi Nuh as dan Nabi Ibrahim as bercakap menggunakan bahasa Suryani berikutan wilayah yang mereka diami dinamakan Surya. Dalam bahasa Sanskrit, ‘surya’ bermaksud matahari atau cahaya. Ini mungkin berkaitan dengan cahaya keimanan atau ‘Nur Muhammad’ yang dibawa oleh Nabi Adam as ke wilayah Surya tersebut.

Melalui al Hadis, Nabi Muhammad SAW dan para Sahabat mengenali tempat dijadikan jasad Nabi Adam as dan turunnya ruh Nabi Adam as serta peradaban kaumnya sehingga di zaman Nabi Nuh as dengan nama al Hind. Di wilayah al Hind tersebut terdapat banyaknya pokok-pokok wangi, herba-herba wangi dan kasturi dari buntil kijang. Al Hadis juga ada menyatakan perihal Raja al Hind yang menghadiahkan seberkas halwa halia kepada Nabi Muhammad saw serta para Sahabat.

Melalui pelbagai kajian yang telah dilakukan, maka telah dikenalpasti bahawa wilayah Surya itu adalah al Hind dan al Hind itu adalah Asia Tenggara yang juga dikenali sebagai Alam Melayu. Orang barat telah memanggil Alam Melayu ini dengan nama Melayunesia atau Tanah Melayu. Claudius Ptolemy telah mencatatkan dalam petanya di mana Asia Tenggara dinamakan ‘Golden Chersonese dan Tanah Melayu dinamakan ‘Melaiu Tolon’.

Allah SWT menggunakan bahasa Sanskrit melalui Kitab Veda untuk menyampaikan amanat tauhid kepada bangsa Melayu melalui Nabi Ibrahim as, sebagai Rasul Nya yang berbahasa Sanskrit.

Setelah datangnya Islam Allah SWT menurunkan al Quran melalui Nabi Muhammad SAW sebagai amanat tauhid kepada seluruh manusia sehingga Hari Kiamat. Kitab al Quran menggunakan dua bahasa utama iaitu bahasa Arab dan bahasa Sanskrit di mana terdapat sekitar 1,700 patah perkataan Arab dan sekitar 1,600 patah perkataan Sanskrit.

Dari situ dapatlah dilihat bahawa Allah SWT masih menggunakan bahasa Sanskrit dengan penambahan bahasa Arab melalui al Quran untuk menyampaikan amanat kepada seluruh manusia. Al Quran diturunkan dalam bentuk bunyi yang dilafazkan semula dengan sempurna oleh Nabi Muhammad SAW. Alhamdu lillah sehingga kini Allah SWT masih mengamanahkan kesempurnaan bunyi al Quran kepada mulut orang Melayu melalui tilawah al Quran yang diadakan setiap tahun di Malaysia.

Kini, orang yang masih menggunakan bahasa Sanskrit sebagai bahasa berhubungan adalah bangsa Melayu, walaupun bahasa tersebut telah dipermodenkan dan dinamakan semula dengan nama Bahasa Melayu. Bangsa Melayu telah menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa agama dan bahasa ilmu dan bahasa rasmi dalam pentadbiran kerajaan. 

Hari ini, penggunaan bahasa Melayu baku sering dicabar dan dibudaya kuningkan melalui perojakan dengan bahasa-bahasa lain. Maka, telah ramai orang Melayu yang sudah hilang kearifannya dalam membakukan bahasa Melayu. 

Ramai juga orang Melayu sekarang yang telah hilang pertimbangan akal dalam penggunaan bahasa berhubungan yang murni berikutan lunturnya jati diri bangsa Melayu yang lazimnya sering merendah diri dan santun ketika berhubung.

Kelunturan nilai ‘Nur Muhammad’ yang ada dalam diri manusia berikutan penggunaan bahasa yang tidak dikawal. Maka itu, amat benarlah perumpamaan Melayu yang mengatakan ‘Bahasa Jiwa Bangsa’.

Menarik: BANGSA MELAYU LUPAKAN WARISAN SILAT I DATO’PADUKA.PROF.DR SUPYAN HUSSIN

Lihat lagi

Artikel berkenaan

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker