Kerajaan akan meminda Akta Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) 1959 supaya mana-mana pelanggaran Bahasa Melayu (BM) termasuk di peringkat daerah akan diambil tindakan oleh DBP.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata beliau juga sudah memaklumkan kepada Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad, supaya semua pelajar asing yang belajar di negara ini mesti mempelajari BM.
Katanya, ia adalah usaha kerajaan untuk memartabatkan BM dan menjadikan bahasa kebangsaan Malaysia itu sebagai bahasa ilmu.
“Sudah tiba masanya kita perlu bangga dengan BM, justeru tidak ada sebab untuk kita rasa janggal berbahasa Melayu walaupun di pentas antarabangsa kerana ‘Bahasa Jiwa Bangsa’,” katanya.
Beliau yang juga Naib Presiden UMNO berkata demikian ketika menyampaikan ucapan penggulungan pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2021 di Pusat Dagangan Dunia.
Ismail Sabri berkata, lebih 300 juta penduduk di ASEAN menggunakan BM sebagai bahasa pertuturan dan BM juga adalah bahasa ketujuh teramai penuturnya di dunia.
Katanya, ketika mengadakan mesyuarat dua hala dengan pemimpin asing termasuk dari Thailand dan Kemboja, mereka turut menggunakan bahasa ibunda masing-masing.
“Tidak ada sebab mengapa kita tidak boleh menggunakan bahasa ibunda kita sendiri dan sebab itulah, pertama kali pemimpin kita bercakap BM pada perbincangan dua hala dan sidang media di kedua-dua negara berkenaan.
“Cita-cita saya adalah untuk memastikan BM sebagai bahasa kedua ASEAN, insya-Allah,” katanya.
Namun demikian, bukan orang Melayu atau berketurunan orang-orang dalam alam Melayu memperlekehkan usaha ini dan berikut adalah tangkap layar dari Facebook Free Malaysia Today.
Nampaknya ramai rakyat Malaysia moden yang menerima kerakyatan menerusi undang-undang kepada datuk nenek moyang mereka dan mewarisi hidup di bumi Melayu ini bersikap sebaliknya.
Siapa tuan sebenar kepada bumi berdaulat ini? Piha kerajaan harus mengambil tindakan ke atas pengkhianat yang cuba memperlekehkan usaha murni kerajaan Malaysia untuk mengangkat martabat yang selayaknya!