Sejarah

“Bila Masa Saya Tulis Colony? Saya Cuma Tulis Protectoras” – Frank Swettenham

Sebutir ayat pun akan membawa maksud yang sangat berbeza. Maka, jadilah kita sebagai seseorang Melayu yang sangat menjaga butir perkataannya.

Jangan diikuti perangai lain-lain hamba Allah yang sengaja memilih untuk bersikap sambil lewa, serkap jarang atau pun asal boleh, asalkan berpuas hati.

Hari ini masih ramai penulis yang tidak mengkaji, sekadar menulis dengan persepsi, meracun fikiran rakyat bahawa 31 Ogos simbolik kepada Hari Kemerdekaan yang bebas daripada penjajah.

Namun kalau merujuk catatan Frank Swettenham, Perak, Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan yang merupakan negeri-negeri Melayu bersekutu cuma dipanggil ‘protectorates’.

Apakah itu ‘protectorates’? Ia membawa maksud negeri-negeri lindungan dan tidaklah pihak Inggeris begitu biadab mahu menamakan sebagai ‘colony’ yang jelas bermaksud tanah jajahan.

Jadi orang Melayu hari ini perlu tahu sejarah, sumber makin banyak dan mudah dicari, bukan lagi zaman 30-an yang internet pun belum wujud ketika itu.

Residen Inggeris hanya sebagai penasihat kepada Sultan dan mereka ini dibayar gaji selain tempat tinggal pun disediakan oleh Sultan.

Tiada beza pun Residen Inggeris dengan warga asing yang berkerja di sektor ladang kelapa sawit, pembinaan rumah atau sektor pembersihan, yang dibayar dan disediakan dorm.

Cuma disebabkan kulit mereka putih, sifat rasa rendah diri dalam kalangan segelintir orang Melayulah yang menjadi punca pihak Inggeris merasakan mereka bagaikan ‘dewa’.

Kalau difikirkan secara logik menggunakan akal fikiran yang dikurniakan Allah SWT, bukannya berfikir dengan mempercayai apa yang orang cakap, terang-terang Sultan adalah tuan kepada pihak Inggeris ini.

Dalam erti kata lain, pihak Inggeris cuma bertaraf hamba, sudahlah bertaraf hamba, bawa agenda murtadkan agama Islam orang Melayu dan merompak hasil bumi Tanah Melayu pula.

Bagi orang-orang Melayu moden yang pernah sampai ke London, kalau singgah ke Istana Buckingham, cuma lihat pada salah satu tiang seri yang ada di situ.

Anda akan melihat dengan jelas ada satu tiang diukir namanya cantik-cantik dan perkataan ‘Malaystates’ merujuk kepada Negara Melayu boleh dibaca dengan jelas.

Hal ini secara tidak langsung jelas membuktikan Tanah Melayu bukanlah dijajah sebaliknya cuma dilindungi pihak Inggeris pada era itu dan persepsi orang Melayu perlu diperbetulkan.

Sama juga dengan kes:

  1. Ditahan reman untuk bantu siasatan, orang itu masih tidak bersalah, apa hak kita menuduh dia bersalah?
  2. Dipanggil ke mahkamah untuk perbicaraan, apa yang dia buat pun kita tak tahu, apa hak kita menuduh?
  3. Tanah Melayu menggunakan khidmat nasihat pihak Inggeris, apa hak kita kata Tanah Melayu dijajah?
  4. Tunku Abdul Rahman ke London untuk berunding, apa hak kita kata rundingan itu untuk bebaskan penjajah?

Nampak tak di sini bahawa hidup dengan persepsi tanpa berlandaskan fakta dan realiti sebutir ayat boleh menghacurkan keseluruhan bangsa Melayu.

Takkan tak pernah main permainan ‘radio rosak’ sewaktu zaman persekolahan atau kem-kem motivasi dan sebagainya, orang pertama diberitahu ‘British ada di Tanah Melayu dan Tanah Melayu tidak dijajah’.

Sampai ke orang terakhir selepas melalui 10 telinga orang yang lain, akhirnya berita yang kita terima adalah ‘British ada di Tanah Melayu dan menjajah’.

Kenapa perkara ini terjadi? Kerana sifat manusia apabila terlupa atau tidak yakin dengan apa yang merdeka dengar, mereka akan sampaikan persespi mereka, bukan fakta.

Dan perkara inilah yang sedang terjadi dalam masyarakat kita sehingga tidak ada pihak yang berkepentingan pun memperjuangkan jati diri bangsa sebelum mengorak langkah membina tamadun bangsa.

Ingat semula, 1948 menjadi saksi Persekutuan Tanah Melayu dibentuk dan pengisytiharan 31 Ogos 1957 adalah berkait dengan Hari Kebangsaan Tanah Melayu yang pertama.

Dan laungan ‘Merdeka’ itu memberikan maksud yang sangat subjektif namun 90 peratus hari ini anak-anak muda gagal menterjemahkan maksud merdeka itu.

Cubalah bertanya di jalanan kepada anak-anak muda:

“Dik.. apa maksud merdeka?”

“Merdeka bermaksud negara kita bebas daripada penjajah dan kita capai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957”

Biasa dengan skrip di atas? Memanglah sebab itu yang kita ingat, hafal dan tengok tanpa ada usaha mengkaji apakah benar yang diceritakan.

Hatta pada menjawab soalan juga jelas terpesong daripada soalan yang ditanya sedangkan penemu bual cuma bertanya tentang apa maksud merdeka sahaja.

Sepatutnya dijawab merdeka bererti bebas. Bebas daripada penjajahan, kurungan, naungan atau terlepas daripada ikatan, tebusan atau tuntutan.

Pelajar habis bayar hutang PTPTN, itu pun merdeka. Orang beli kereta ikat 9 tahun dan habis bayar, itu pun merdeka. Isteri dilepaskan daripada suami yang baran, itu merdeka.

Budak-budak sekolah pilih untuk berkawan dengan kumpulan yang elok, itu pun merdeka. Negara pilih untuk tolak khidmat nasihat British yang serba sampah, itu pun merdeka.

Jadi berpeganglah dengan fakta walaupun ke atas satu ayat. Kalau tak tahu cakap tak tahu, kalau tak ingat cakap tak ingat namun janganlah cuba memandai-mandai.

Ada yang kata artikel ini syok sendiri, penulisnya hidu gam cap senapang dan sebagainya namun yang jelas, penulis amat bangga dengan susur galur Melayu dan berpegang dengan setiap butir perkataan.

Meskipun pada ruangan komen sangat RAMAI MELAYU MODEN BANGGA MENGAGUNGKAN MEREKA DIJAJAH, itu pilihan mereka untuk merasakan datuk nenek moyang mereka djajah.

Apa fungsi Mat Kilau, Datuk Bahaman dan lain-lain pahlawan? Ya, mereka berjuang untuk mengusir orang-orang Inggeris yang CUBA.. CUBA.. CUBA.. untuk MELAMPAUI BATASAN mereka dari segi urusan campur tangan pentadbiran di Tanah Melayu.

Bukannya selepas pihak Inggeris isytiharkan Tanah Melayu atau negeri-negeri di bawah khidmat nasihat Inggeris dijajah baru kebangkitkan ini timbul.

Kampung dimasuk orang luar, atuk moyang cuba halau sebab cadang nak rosakkan masjid, anak cucu kata orang luar itu menjajah? Atau orang luar itu cuba menjajah?

Sedang menjajah, cuba menjajah, bakal dijajah, telah dijajah serta dijajah semuanya membawa maksud yang lain. Hatta kalau bawa masuk mahkamah pun kalau kita kata dijajah, kalah kes.

Namun ramai.. ramai.. ramai.. anak-anak muda Melayu hari ini tak nampak apa yang datuk nenek moyang mereka lakukan kemudian bangga dalam media sosial, inilah tanah airku, Malaysia yang dijajah British.

31 Ogos 1957 adalah tarikh Tanah Melayu bebas daripada dijajah. Bebas daripada dijajah atau bebas daripada menerima campur tangan British?

Kuda putih adalah kuda putih, bukan kuda. Harimau belang adalah harimau belang, bukan harimau. Cuba dijajah adalah cuba dijajah, bukan dijajah.

Kalau benar dijajah, dipindah hak milik, dicagar dan sebagainya, mesti ada dokumen. Takkan British yang orang Melayu moden bangga-banggakan itu bodoh sangat tak reti nak buat dokumen mengisytiharkan mereka telah menjajah Tanah Melayu.

Bolehlah mereka pastikan penulis sejarah yang didoktrin dengan ideologi mereka boleh tepek dalam buku teks bermula tingkatan satu sampai lima dan diulang tayang setiap tahun. Nak sangat kan?

Sebab itulah ada kebangkitan. Macam dalam rumah tangga juga. Si isteri akan bangkit menyerang skandal suami yang cuba melebih-lebih untuk pertahankan hubungan perkahwinan.

Kehadiran skandal ini samalah ceritanya macam campur tangan British. Kalau sang skandal berjaya membuat si suami sampai tahap ceraikan isterinya, barulah sampai konsep penjajahan itu berjaya.

Kalau sang isteri berjaya halau sang skandal sampai tak rela untuk meneruskan hubungan dengan sang suami tadi, maka apakah tidak pada waktu itu sang isteri sedang mencapai kemerdekaannya?

Nak sangat jadi bangga hidup pada zaman moden menerusi persepsi bangsa Melayu dijajah kenapa? Kita yang pilih untuk mewarisi fakta atau persepsi kita laung merdeka sebab bebas daripada penjajah.

P/s : Kata belajar sejarah dekat sekolah kan? Cuba cari sikit muka surat mana, buku teks tingkatan berapa, atau ada edisi mana yang PERNAH MENULIS TANAH MELAYU DIJAJAH? Cer snap gambar sikit. Sekarangkan zaman viral, cubalah jadi orang Melayu pertama jumpa bukti bertulis Tanah Melayu dijajah!

Daftar Sekarang Segera Di : https://forms.gle/VkFd3sGjMiz7QDgU7

Lihat lagi

Artikel berkenaan

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker