Jika menurut Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 2013, influencer TikTok, Amirah Aqilah mungkin boleh didenda tidak lebih RM3,000 atau dipenjara tidak lebih dua tahun kerana melakukan perkara di bawah Seksyen 43.
Seksyen 43 di dalam Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 2013 berkait dengan masalah mengganggu rumah tangga orang lain dan perkara ini terpakai jika kedua-dua pelaku adalah beragama Islam.
Namun bagi kes Amirah Aqilah dan View Chin, kes ini agak unik kerana Amirah Aqilah adalah seorang rakyat Malaysia yang beragama Islam namun anutan agama View Chin belum diketahui.
Ada yang mengatakan View Chin sudah pun memeluk Islam (jika benar, perbuatan maksiat tetap salah di sisi mana-mana agama) namun perkara itu tetap belum terungkai secara berfakta.
Namun yang pasti, Shermine Hau yang juga dikenali sebagai Ah Moi mengesahkan dia telah pun dipaksa cerai oleh View Chin sejak tahun lepas kerana suaminya itu benar-benar mahu bersama Amirah Aqilah.
Sehingga saat ini, Amirah Aqilah dan View Chin terus menerima kecaman daripada netizen Malaysia yang membenci perbuatan menyondol sehingga runtuhnya sebuah ‘tokong’.