Tahukah anda dalam kebanyakan ajaran agama Yahudi tradisional dan ortodoks, melarang orang-orang Yahudi memiliki tanah dan negara sendiri sehinggalah kemunculan al-Masih mereka pada akhir zaman.
Apakah zionisme ini? Mereka adalah satu gerakan Nasionalisme Yahudi antarabangsa yang ingin (pada waktu itu) menubuhkan negara Israel di kawasan Palestin. Seperti yang kita tahu, mereka berjaya dengan tertubuhnya Israel pada tahun 1948.
Jadi, bagaimana zionisme ini bermula? Sebenarnya ia sudah mula lebih awal lagi namun secara rasminya telah dibentuk oleh Theodor Herzl, seorang wartawan dari Austria lebih kurang pada tahun 1896. Theodor Herzl telah menerbitkan sebuah risalah berjudul ‘Der Judenstaat’ (Negara Yahudi) yang memberi bayangan tentang penubuhan negara untuk bangsa Yahudi di masa hadapan.
Seperti yang kita tahu tanah Palestin diperintah dibawah beberapa empayar besar dan terakhirnya berada dibawah pemerintahan Kerajaan Turki-Uthmaniyyah sebelum jatuh ke tangan British selepas Perang Dunia Pertama.
Jika dilihat dari satu sudut, ada persamaan dengan tanah Palestin dan Tanah Melayu waktu dulu kerana pernah dijajah oleh British. Deklarasi Belfour oleh British pada 2 November 1917 menggalakkan bangsa Yahudi untuk berhijrah ke Palestin dan mengisytiharkannya sebagai tanah air Yahudi.
Di Tanah Melayu pula British menggalakkan kaum Cina dan India untuk berhijrah dan menetap di Tanah Melayu. Penghijrahan besar pun berlaku dari rakyat dua negara ini ke Tanah Melayu bermula dari pertengahan tahun 1800. British juga memberi pekerjaan yang lebih baik serta pendidikan kepada kaum Cina dan India sementara masyarakat Melayu dan pribumi dipinggirkan. Sengaja diasingkan kaum Cina, India dan Melayu mengikut kluster-kluster dan ekonomi mereka sehingga timbulnya pergolakan antara 3 kaum ini.
Jadi adakah ini semua muslihat British dan bukannya Zionis? Jika dilihat balik sejarah, syarikat Hindia Timur Inggeris adalah syarikat perdagangan yang menguasai Tanah Melayu waktu dulu. Apabila dikaji, dipercayai sebenarnya kebanyakan pelabur-pelabur syarikat ini adalah bangsa Yahudi sendiri.
Bangsa Yahudi juga sudah lama pernah menjejaki ke Tanah Melayu, dikatakan seawal kurun ke-9 yang bermula di Lembah Bujang. Pada abad ke-18 pula, mereka dilihat berada di Melaka. Kemudian pada sekitar kurun ke-19, muncul bangsa Yahudi Baghdad di Pulau Pinang yang berkemungkinan besar berkaitan dengan perniagaan dan perdagangan yang diuruskan British pada waktu itu.
Ezekiel Aaron Menasseh dikatakan orang Yahudi pertama yang tiba dan menetap di Tanah Melayu pada tahun 1895. Selepas Perang Dunia Pertama, ramai bangsa Yahudi berhijrah dan menetap di Tanah Melayu.
Tetapi kita kena tahu yang tidak semua bangsa Yahudi itu Zionis dan tak semua penyokong Zionis itu berbangsa Yahudi. Jadi tidak hairanlah bila ada warga tempatan sendiri yang menjadi ejen khas Mossad, sebuah agensi risikan nasional Israel. Pada September tahun lalu, 2 warga Palestin yang dipercayai orang penting bagi Briged Hamas Al-Qassam dilaporkan diculik oleh ejen Mossad.
Pada tahun 2018 pula Dr Fadi MR Albatsh Fatma, seorang pensyarah UNIKL BMI (University Kuala Lumpur British Malaysia Institute) telah ditembak ketika hendak solat subuh di Gombak. Jenayah ini juga dipercayai dilakukan oleh ejen Mossad kerana almarhum dikatakan seorang jurutera Palestin dan terlibat dengan gerakan Hamas.
Oleh yang demikian, kita kini sudah tahu kewujudan bangsa Yahudi sudah lama berada di Tanah Melayu dan Nusantara. Pertubuhan seperti Freemason, Rotary Club dan Lions Club bukanlah nama asing di Malaysia. Ketiga-tiga kelab ini diasaskan oleh orang Yahudi dengan membawa agenda masing-masing. Walaupun ketika ini tiada sebarang aktiviti rasmi berkaitan dengan zionis dilakukan oleh kelab-kelab ini namun tak bermaksud kita boleh menafikannya. Masakan pokok bergoyang kalau tiada anginnya jadi tidak akan timbul teori konspirasi kalau tiada sebabnya.
Mungkin atas sebab itu, tidak hairanlah ramai rakyat Malaysia yang menyokong Israel dan tenteranya merampas tanah serta membunuh rakyat Palestin beramai-ramai. Mungkin kerana dakyah Zionis ‘tanah tanpa rakyat untuk rakyat tanpa tanah’ berjaya meracuni minda seluruh dunia termasuk Malaysia.
Baca juga: