Apabila bercakap tentang dunia pedang, salah satu perkara yang tidak dapat lari daripadanya adalah gaya baju besi yang turut disarungkan sebagai perisai.
Bagi penghasil baju besi tempatan, Zahar dari kumpulan Pedang Pahlawan, baju besi memberi peluang kepada pejuang berpedang untuk menentang musuh dengan lebih selamat.
“Saya sudah menghasilkan dua baju besi dan ini salah satu darinya. Baju besi ingin direka untuk tempur berpedang dan saya sudah mencubanya untuk beberapa kali.
“Saya juga pernah memakai baju besi seberat 14kg ini sewaktu bulan Ramadan yang lalu untuk mengujinya daripada pelbagai aspek,” kongsi Zahar kepada Demi Malaiu.
Zahar berkata demikian kepada Demi Malaiu sewaktu ditemui dalam program Santai Alam Melayu di Muzium Sultan Azlan Shah, Seksyen 14, Shah Alam.