Sejarah

Wujud Keghairahan Namakan Kementerian & Jabatan Dengan Akronim Inggeris – Nordin Kardi

Naib Canselor (NC) Universiti Sultan Azlan Shah (USAS), Tan Sri Dr. Nordin Kardi menulis satu surat terbuka kepada Perdana Menteri mengenai kedudukan penggunaan bahasa Melayu.

Baginya, banyak Kementerian dan Jabatan di bawah kerajaan telah meminggirkan bahasa Melayu dan lebih selesa menggunakan akronim Inggeris dengan restu.

Berikut adalah surat penuh yang dikarang Nordin Kardi:

Salam YAB PM yang dikasihi lagi dihormati,

Saya yakin YAB PM yang dikasihi lagi dihormati amat sedar Menteri- Menteri sebelum YAB telah bersekongkol dengan KSU-KSU, Ketua-Ketua Jabatan dan birokrat lain yang memberi restu kepada mereka yang sangat ghairah menamakan Kementerian dan Jabatan di bawah mereka dengan akronim Bahasa Inggeris.

Lihat bagaimana Kementerian Pendidikan sendiri yang menjaga Bahasa dan Dewan Bahasa dan Pustaka tak segan silu berbangga, bila berbual dengan memanggil diri mereka MOE. KPM, mereka kata bunyi tak sedap. Kementerian Sains sudah lama seronok dengan akronim MOSTI.

Nasib baik Kementerian Pengajian Tinggi YB DS Dr Noraini masih bangga dengan panggilan KPT bukan MOHE, itu pun kalau tak silap saya saja.

Terpancar jiwa rendah diri mereka terhadap Bahasa Inggeris. Seperti psikologi kata, mereka melakukan sublimasi terhadap kelemahan Bahasa Inggeris mereka dengan cuba mengkaburi mata umum dengan lambang lambang palsu.

Bahasa Inggeris mereka pun bukan semuanya bagus, tetapi mereka menjadi umpama ‘kera dapat bunga’. Mereka tak sedar Bahasa Melayu itu bahasa tamadun yang ada keagungannya tersendiri.

Mereka ‘ran amok’ menamakan macam macam termasuk tempat di bawah wilayah kekuasaan mereka supaya ada lambang Inggeris. Pada hal, bila perlu berbahasa Inggeris spontan tanpa teks, mereka akan bercakap bahasa rojak bercampur campur.

‘Ini kali lah!!!’.

Lihat bagaimana mereka berhadapan dengan PM (Perdana Menteri ya!!!! bukan Prime Minister) Ismail Sabri yang kami kasihi.

Kami berdiri di belakang PM yang dikasihi yang telah berikrar tidak meminggirkan Bahasa Melayu di bumi Malaysia.

Ubahlah dahulu akronim akronim Kementerian itu sebagai bukti dan langkah permulaan tindajkan YAB PM yang dikasihi, sebelum mengubah kembali nama nama tempat seperti Bangsar South, Kuala Lumpur South dan macam macam lagi. Jika itu berlaku, YAB PM yang dikasihi memang benar WIRA KAMI.

Salam kasih sayang kepada YAB PM Ismail Sabri.

Dari saya, Pak Din, yang tinggal di Kuala Kangsar, nun jauh daripada Putrajaya.

16 Ogos (bulan Merdeka) 2022.

Naib Canselor USAS, Tan Sri Dr. Nordin Kardi

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok Demi Malaiu. Sertai Telegram kami DI SINI untuk kandungan yang menarik dan membangkitkan jati diri bangsa!

Lihat lagi

Artikel berkenaan

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker