Isu Semasa

World Sufi Center Sokong Usaha KPM Perkenal Modul 40 Hadis Imam Nawawi

World Sufi Center yang juga dikenali sebagai Pertubuhan Sufi Antarabangsa mengucapkan tahniah kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) kerana mengangkat modul 40 Hadis Imam Nawawi untuk diterapkan ilmu Islam yang asas dalam generasi masa kini.

Modul Hadis 40 Imam Nawawi adalah sebahagian daripada fardhu ain yang dapat perkukuhkan penghayatan serta jati diri umat Islam di Malaysia sehingga seseorang itu sentiasa mengutamakan adab, ilmu dan penghayatan dalam menjadi muslim yang baik.

Realiti pengenalan modul Hadis 40 Imam Nawawi sebagai ilmu asas fardhu ain adalah selaras dengan Perkara 3 (1) bahawa Islam adalah agama bagi Persekutuan dan pembelajaran modul tersebut jelas tidak bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

Maka semua pihak termasuk ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), ahli Parlimen (MP), ahli-ahli tertinggi dalam parti politik serta seluruh rakyat Malaysia sama ada Islam atau yang bukan Islam, menjunjung Perlembagaan Persekutuan adalah satu tanggungjawab bersama.

Sehubungan itu, World Sufi Center berharap apa-apa perihal yang berkait dengan agama (religion), raja (royalty) dan kaum (race) atau 3R, tidak dimainkan oleh mana-mana pihak dengan begitu mudah sehingga menyebabkan fitnah dan mencetuskan kegusaran awam.

World Sufi Center ingin mengajak seluruh rakyat Malaysia menjunjung Perlembagaan Persekutuan dan menyokong usaha Kementerian Pendidikan Malaysia memperkenalkan modul 40 Hadis Imam Nawawi kepada semua sekolah di bawah kementerian tersebut.

Hal ini demikian kerana modul Hadis 40 Imam Nawawi itu mampu melahirkan generasi umat Islam yang bersih pemikirannya pada masa akan datang dan World Sufi Center berdiri teguh di sebalik mana-mana keputusan Kementerian Pendidikan Malaysia yang dianggap wajar.

Abdul Kareem Said Khadaeid
Setiausaha Agung
World Sufi Center (Pertubuhan Sufi Antarabangsa)

Lihat lagi

Artikel berkenaan

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker