Sejarah

Warisan Khazanah Melayu ‘Pupus’ Kerana Sikap & Tiada Rasa Kecintaan!

Seorang Senator Amerika Syarikat yang juga digelar Bapa PPP mengatakan jika kamu ingin memusnahkan sesebuah peradaban, mulakanlah dengan menghilangkan kesan sejarah mereka.

Sambung beliau lagi, bangunkanlah dengan budaya baharu ke atasnya. Kemudian, tulislah buat mereka sejarah lain yang bukan sejarah mereka. 

Jika sudah begitu, masyarakat tersebut akan melupakan siapa diri mereka dan koyaklah tonggak-tonggak peradabannya.

Begitulah nasib yang kita alami sekarang ini sebagai bangsa Melayu. Warisan khazanah bangsa Melayu semakin hilang disebabkan penyelewengan bangsa asing.

Apabila kita melihat bangunan bersejarah A’famosa yang telah dibina oleh Portugis sebaik sahaja berada di Melaka pada tahun 1511 masih tetap utuh struktur bangunannya. 

Bangunan ini bukannya daripada bangsa Melayu sendiri tetapi dikomersial sehingga sesiapa sahaja bertandang ke Bandar Hilir Melaka pasti mereka akan melancong di sini. 

Mengapa kita harus menjaga bangunan bangsa asing ini sedangkan kita tahu mereka banyak menyusahkan kita pada zaman dahulu?

Namun, Di Pura Tanjung Sabtu, dahulunya pernah menjadi satu tempat pelancongan tetapi pada hari ini, terbiar selepas pewaris terakhirnya meninggal dunia. 

Aset bangsa Melayu ini hanya menunggu dimamah anai-anai sehingga ia terus rebah kebumi kerana tidak dipulihara oleh orang Melayu. 

“Cantik tetapi terbiar usang”. Itulah tutur bicara yang akan terdetik di hati sesiapa sahaja yang berkunjung ke Pura Tanjung Sabtu.

Walhal istana ini merupakan istana bagi raja-raja Melayu terdahulu yang perlu kita jaga kerana ini lambang jati diri sebagai orang Melayu dan warisan budaya kita.

Justeru, rumah-rumah tradisi, barang-barang tradisi mestilah dijaga, dilestarikan kerana ini ialah jati diri kita sebagai orang Melayu. 

Di sinilah peradaban dan ketamadunan kita. Apabila kita hendak bercakap di mana-mana, inilah kemegahan kita. 

Seperti Pura Tanjung Sabtu, Jika tiada siapa yang menjaga tempat ini, warisan seni bina Melayu ini akan terbiar begitu sahaja. 

Hendak membaik pulih tempat ini mungkin memerlukan kos yang tinggi tetapi kita percaya sekiranya ia dibangunkan semula seperti muzium, ia akan memberikan pulangan yang lumayan. 

Jadi, sama-sama kita harapkan yang terbaik supaya Pura Tanjung Sabtu berjaya dipulihara dan menjadi tumpuan pelancongan macam dulu.

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok Demi Malaiu. Sertai Telegram kami DI SINI untuk kandungan yang menarik dan membangkitkan jati diri bangsa!

Lihat lagi

Artikel berkenaan

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker