Isu Semasa

Warga Riyadh Teruja Raikan Festival Halloween Buat Kali Pertama Secara Terbuka!

Buat pertama kali dalam sejarah menerusi pemerintahan baharu Arab Saudi, warga Riyadh yang lama menyimpan pekung di dada akhirnya menzahirkan rasa teruja apabila berpeluang meraikan festival Halloween.

Bagi umat Islam yang berpegang kepada ahli sunnah wal jamaah yang lengkap berpandukan al-Quran, hadis, ijmak ulama dan qias, festival Halloween ini adalah sesuatu yang bertentangan dengan cara orang Islam.

30 Oktober 2022: Gambar yang dikongsikan pada 1.30 pagi (Waktu Malaysia)
30 Oktober 2022: Gambar yang dikongsikan pada 1.30 pagi (Waktu Malaysia)

Hal ini demikian kerana festival Halloween bukan sahaja berkait dengan kepercayaan roh-roh yang telah meninggalkan dunia kembali berkeliaran malah imej roh yang diangkat sungguh ‘tidak suci’.

Dalam erti kata lain, peminat fanatik festival Halloween ini bersetuju bahawa roh-roh yang kembali berkeliaran itu sejenis roh yang tidak tenang dan buruk amalannya semasa hidup selain tidak boleh meneruskan perjalanan.

30 Oktober 2022: Gambar yang dikongsikan pada 1.30 pagi (Waktu Malaysia)
30 Oktober 2022: Gambar yang dikongsikan pada 1.30 pagi (Waktu Malaysia)

Maka apakah kebaikannya bagi umat manusia yang dikurniakan akal fikiran dan hati untuk meraikan roh-roh yang ‘tidak baik’ itu berkeliaran dengan cara memperingati atau memberi mereka makan semasa Halloween?

Untuk tahun 2022, terdapat dua bandar yang menjadi tumpuan dunia kerana penganjuran festival Halloweennya. Yang pertama adalah Riyadh di Arab Saudi dan yang kedua adalah Itaewon di Seoul.

Di Riyadh, bandar yang sering dilabelkan Islam oleh masyarakat luar termasuk orang-orang di Tanah Melayu secara terbukannya buat kali pertama meraikan festival Halloween.

Manakala di Itaewon pula, seramai 80 orang telah terkorban dalam festival yang sama kerana jumlah yang mahu memperingati roh berkeliaran terlalu ramai dan padat sehingga roh mereka juga terkeluar daripada jasad.

30 Oktober 2022: Gambar yang dikongsikan pada 1.30 pagi (Waktu Malaysia)
30 Oktober 2022: Gambar yang dikongsikan pada 1.30 pagi (Waktu Malaysia)

P/s: Berbalik kepada Riyadh, kebanyakan daripada mereka yang mendakwa diri mereka adalah Islam menolak sambutan Maulidur Rasul dengan hujahan ia adalah bidaah selain Rasulullah SAW sendiri tidak menyambutnya. Tak sangka benda mengarut macam ini pula berjaya diserapkan dalam komuniti mereka sebagai festival!

MISI CAPAI 100,000 LIKE SEBELUM 31 DISEMBER 2022

[wpdevart_like_box profile_id=”100109992115173″ stream=”hide” connections=”show” width=”320″ height=”130″ header=”medium” cover_photo=”show” locale=”en_US”]

Anda memiliki tulisan mengenai Melayu yang ingin dikongsikan? Hantar di sini.

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok Demi Malaiu. Sertai Telegram kami DI SINI untuk kandungan yang menarik dan membangkitkan jati diri bangsa!

Lihat lagi

Artikel berkenaan

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker