Jauh dari keluarga dan cari rezeki di bumi bertuah, warga asing tak lepaskan peluang untuk eratkan silaturahim Aidilfitri bersama sahabat handai biar pun hanya di Pintasan Saloma, Kuala Lumpur.
Pintasan Saloma merupakan kawasan paling selamat dalam Kuala Lumpur bagi mereka yang mahu bergambar dengan latar belakang bangunan ikonik negara, KLCC yang mantap tersergam.
Berikut antara foto-foto hasil bidikan jurukamera agensi media, Bernama yang membuat tinjauan di ibu kota sepanjang Aidilfitri tatkala warga tempatan pulang ke kampung untuk beraya.