Tahun 2023 dijangka akan memberi tamparan yang lebih hebat kepada masyarakat yang terlalu cinta akan dunia dan melihat kematian adalah pengakhiran bagi segala-galanya.
Sedangkan bagi umat Islam, mati itu cuma proses roh terpisah daripada jasad yang tidak kekal (pinjaman semata-mata) dan akan meneruskan perjalanan yang lebih jauh.
Bagi umat Islam yang berkesempatan mengaut ilmu tauhid, feqah dan tasawwuf biar pun bukan daripada generasi aliran sekolah pondok, semoga ada rahmat yang Allah hadiahkan.
Hal ini demikian kerana bagi 2023, dunia sementara ini sudah pun dimomok dengan masalah ekonomi dan mereka yang memiliki beban hutang akan bertambah stress dan sebagainya.
Dalam masa sama, cerita wabak Covid-19 kembali mengganas di China dikitar semula seperti pengujung tahun 2019 dan bermula 2020, drama penghapusan populasi manusia berlangsung.
Atas faktor wabak, jangkitan, kegagalan mengambil vaksinasi, kepenatan petugas barisan hadapan yang berkorban masa dan tenaga, angka penghapusan populasi manusia cukup tinggi.
Selain itu, budaya fitnah semakin berleluasa dalam group Whatsapp, Telegram, Facebook, TikTok dan sebagainya sehingga mak cik dan pak cik yang tidak terdedah kepada dunia suntingan (editing) akan percaya bulat-bulat!