Isu Semasa

[VIDEO] “Bergetar Hati Aku Masa Tengok Trailer Mat Kilau, Memang Hebatlah!” – Netizen

Umum mengetahui filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan yang diilhamkan dari kisah benar di bawah arahan pengarah berbakat, Syamsul Yusof memang mengambil masa yang lama untuk disiapkan.

Apabila bercakap tentang diilhamkan dari kisah benar, memanglah ia tidak mengikuti 100 peratus peristiwa perjalanan hidup Mat Kilau namun mesej perjuangan beliau adalah permata yang diangkat.

Dalam fasa rakyat Malaysia begitu dahagakan filem-filem berunsur silat dan bertemakan rasa cinta pada tanah air, filem Mat Kilau ini ibarat memberikan sedikit kelegaan.

Bukannya tidak ada pengarah moden yang cuba menghasilkan filem-filem silat sebegini namun penonton berpendapat rasanya belum cukup puas dalam menikmati karya-karya sebegini.

Bukannya tidak bagus namun kebanyakan mereka kali pertama mencuba selepas berpuluh-puluh tahun tema sebegini disenyapkan dan usaha perjuangan mereka harus dipuji serta diberi sokongan.

Lihat pada sudut positifnya, dari sebuah filem biasa-biasa datang pula sebuah filem yang agak mega dan Demi Malaiu percaya dengan tayangan filem Mat Kilau ini, lebih ramai pengarah akan tampil menyusul.

Hal ini demikian kerana rekod awal Syamsul Yusof menampil filem aksi seperti Evolusi KL atau KL Gangster memberi inpirasi untuk pengarah-pengarah lain muncul dengan tema yang serupa.

Lihat lagi

Artikel berkenaan

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker