Isu Semasa

Vandalisme Kian Hari Semakin Menjadi

Sekumpulan pelajar yang terlibat dalam perobohan bangunan sekolah menengah di Daerah Seberang Perai Selatan (SPS),Pulau Pinang dikenal pasti dan diminta membantu siasatan.

Menteri Pendidikan Fadrina Sidek berkata pihaknya tidak akan berkompromi dengan vandalisme dan keganasan oleh pelajar terbabit.

Syariah Islam bukan sahaja mengiktiraf kesucian harta awam, tetapi juga memberi amaran bahawa warganya tidak boleh dilucutkan harta tersebut tanpa hak dan tidak menggalakkan mereka yang merampas harta itu sendiri atau orang lain tanpa hak dengan menghukum seberat-beratnya.

Islam sangat mementingkan nilai menjaga harta benda awam.

Usaha ini datang dari hati manusia.

Kerana Islam mahu manusia menjadi penyelia sendiri, membetulkan tindakannya sebelum menilai orang lain, dan mempertimbangkan akibat sebelum melakukan sesuatu pekerjaan atau tindakan.

Kita datang sekolah untuk pelajari ilmu dan akhlak namun kita dapat dilihat sebelum ini,

beberapa klip video berdurasi 28 dan 58 saat tular di media sosial menunjukkan sekumpulan budak sekolah memusnahkan harta benda sekolah selepas kelas tamat semalam.

Dalam video itu, sekumpulan pelajar yang dipercayai bersekolah di sebuah sekolah menengah di daerah Seberang Perai Selatan dilihat memusnahkan peralatan sekolah termasuk kerusi, kipas siling dan pintu tandas.

Dari elok jadi rosak berapa banyak kos nak tanggung untuk baik pulih peralatan yang rosak.

JPN Pulau Pinang berkata nilai kerosakan harta benda sedang disiasat.

Beliau berkata JPN Pulau Pinang memandang serius penyelewengan membabitkan vandalisme dan kumpulan samseng membabitkan pelajar di negeri ini dan komited untuk sentiasa mengambil berat kebajikan guru dan pelajar.

“Pemimpin sekolah di semua peringkat sering diingatkan supaya mengambil tindakan sewajarnya bagi membendung dan mencegah tingkah laku tersebut. “Kempen anti vandalisme dan pelan tindakan komprehensif akan diperkasakan selaras dengan tujuh teras Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM),” katanya.

 

MISI CAPAI 100,000 LIKE 

Anda memiliki tulisan mengenai Melayu yang ingin dikongsikan? Hantar di sini.

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok Demi Malaiu. Sertai Telegram kami DI SINI untuk kandungan yang menarik dan membangkitkan jati diri bangsa!

untuk lebih banyak bacaan sila lawati lamanweb demimalaiu.com

Lihat lagi

Artikel berkenaan

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker