Sejarah

“Ustaz Tipu, Mana Dalil Pernah Wujud Menara Setinggi 15KM? Buktikan!” – Netizen

Allah Kata..

Manusia yang hidup pada zaman Rasulullah ﷺ dulu, tahap ketamadunan mereka hanya pada skala TIDAK SAMPAI SATU dari SEPULUH..

Pada waktu itu bangsa Arab Quraisy bukan main berlagak lagi dengan Nabi.. Mereka rasa mereka dah hebat.. Mereka rasa mereka dah maju..

Sekali Allah tibai balik.. Tak sampai satu pun nak berlagak..

Bayangkan..
Tak sampai satu dari sepuluh..

Mengikut skala Allah..

Bukan skala Profesor.. Bukan mengikut skala orang paling kaya dunia.. Bukan mengikut skala dari manusia IQ 300..

Bukan..

Jadi jika kehidupan Arab Quraisy diletak pada tahap kurang dari satu, bagaimana ketemadunan pada tahap 9 atau 10 ?

Ketamadunan yang dimaksudkan ialah dari segi keupayaan membina.. keupayaan mencipta.. kekuatan tubuh badan.. atau nikmat pemberian..

Maksudnya..

Apa yang Allah nak beritahu ialah dahulu, wujud kaum atau manusia yang Allah beri kelebihan pada mereka dari segi keupayaan, kekuatan badan, kepandaian fikiran yang lebih dari kaum terkemudian atau yang lain..

Mereka mampu membuat sesuatu yang tidak mampu dibuat oleh kaum lain.. Dan boleh jadi apa yang mereka tahu itu, tidak mampu kita umat zaman kini lakukan…

Subhanallah..

Kenyataan di atas berdasarkan Firman Allah dibawah yang bermaksud:

Dan (ketahuilah bahawa) umat-umat yang terdahulu sebelum mereka telah juga mendustakan (Rasul-rasulnya), sedang mereka (yang mendustakanmu) itu tidak: mencapai satu persepuluh (dari kekayaan, kepandaian dan kekuatan) yang Kami beri kepada umat-umat yang terdahulu itu; setelah umat-umat itu mendustakan Rasul-rasulKu (mereka pun dibinasakan). Dengan yang demikian perhatikanlah bagaimana buruknya akibat kemurkaanKu (menimpa mereka).

(Saba’ 34:45)

Adakah pelik jika benar manusia dahulu mampu mencipta bangunan yang tinggi?

Berdasarkan ayat di atas.. Tidak Pelik !

Kemudian jika benar mereka pernah membina ketamadunan yang hebat dan canggih tetapi kenapa tidak dijumpai peninggalannya?

Bayangkan..

Tembok Yakjuj dan Makjuj yang Allah sebut dalam Al-Quran tu pun sampai sekarang tak ada siapa yang jumpa..

Kita kata kita canggih..

Cuma yang ada hanyalah spekulasi.. Sama seperti yang Allah sebut.. Manusia akhir zaman suka membuat andaian sendiri..

Itu yang Allah cerita pun kita tak jumpa, apatah lagi yang Allah tak cerita?

Jadi mungkinkah wujud Atlantis yang dihebohkan orang-orang dahulu?

Ya boleh jadi..

Siapa berani nak tolak mentah-mentah jika Allah sebut sendiri dahulu ada tamadun yang luar biasa lebih hebat dari kita..

Tetapi di mana?

Jawapannya..

Memang sah sudah tiada.. Boleh kata kesemua tamadun-tamadun hebat dulu telah dimusnahkan.. Begitulah yang Allah sebut di dalam Al-Quran..

Mereka apabila diberi nikmat yang istimewa, mereka lupa pada Allah.. Mereka ejek Nabi dan Rasul yang diutus..

Bayangkan kota hebat Kerajaan Nabi Sulaiman pun hilang..

Itu yang Allah cerita.. Berapa banyak lagi kisah-kisah hebat satu dunia yang Allah tidak cerita di dalam Al-Quran..

Allah sebut, semua kaum dihantar Nabi atau Rasul tetapi tidak semua diceritakan.. Cukup dengan 25 nama sahaja..

Kalau anda ingin bertanya kenapa tak cerita semua?

Jawapannya..

Yang Allah cerita 25 Kisah Nabi dan aturan lain itu pun sudah setebal 604 mukasurat.. Bayangkan jika Allah cerita kesemua kisah-kisah Nabi di dunia yang pernah di utus ?

Tebal mana Al-Quran jadinya? Sedangkan yang setebal 604 mukasurat itu pun tak pernah dibaca..

Contohnya ada satu kisah kaum yang agak maju dan tersusun.. Bagaimanapun tidak Allah ceritakan siapakah nama Rasul mereka..

Dalam surah Saba’ juga.. Ayat 15 hingga 19..

Allah gambarkan mereka ini kaum yang hebat.. Mereka mempunyai kebun-kebun buah dan sayur yang luas.. Di kiri dan kanan..

Apabila sesebuah kawasan subur dengan tanaman, bermakna mereka mempunyai saliran air yang baik..

Bukannya seperti padang pasir yang tandus.. Ia adalah kawasan yang subur dan berair..

Bukan setakat tu..

Diantara kota mereka ( Daerah Yaman) hingga ke tanah yang diberkati ( Daerah Palestin) dipenuhi oleh bandar-bandar atau kota-kota yang makmur..

Sehinggakan Allah sebut, jika mereka melakukan perjalanan (dari Yaman hingga ke Palestin,) tak payah nak risau apa-apa..

Maksud risau ni ialah tak perlu nak pening kepala nanti nak tidur kat mana.. Nak berhenti makan dekat mana.. Nak singgah beli barang dekat mana..

Sepanjang jalan tu ada macam-macam kota atau bandar.. Tahu berapa jauh? Pergi tengok peta..

Jauh tau Yaman ke Palestin !

Bayangkan sepanjang jalan tu dipenuhi dengan pembangunan..

Subhanallah..

Dan sekarang apa jadi?

Tak ada dah tempat-tempat tu.. Yang tinggal sekarang hanya gurun pasir tandus..

Kenapa hilang?

Kerana mereka mengingkari ajaran yang dibawa oleh Rasul yang diutus.. Dan sepertimana yang Allah sebut di dalam ayat-ayat itu..

Tanaman subur mereka dihapuskan melalui banjir dan digantikan dengan tanaman lain.. Tanaman gurun yang ada sekarang..

Dan kota-kota hebat sepanjang jalan itu juga dihapuskan kerana kuat komplen..

Bayangkan hilang begitu je..

Teknologi kita yang canggih jumpa kota-kota ni? Setakat ini belum jumpa..

Canggih sangat ke kita ni?

Dan sebenarnya kita ni beruntung bila dapat berjumpa dan belajar akan ketamadunan Firaun.. Itupun sebab Allah sebut, ‘Dijaga untuk menjadi pengajaran umat terkemudian ‘
Cuba kalau Allah tak sebut?

Boleh jadi kubur Firaun dan Piramid itu pun dimusnahkan juga.. Hilang sama macam tamadun-tamadun mewah yang lain..

Apa yang nak disebutkan ialah..

Dahulu, wujud ketemadunan yang hebat-hebat.. Yang canggih.. Yang luar biasa..

Tetapi hampir semuanya telah dihancurkan atau dimusnahkan.. Dek kerana kekufuran dan kekafiran umat-umat ketika itu..

Bayangkan Kerajaan Nabi Sulaiman..Kerajaan yang cukup gah dan canggih..

Zaman itu wujud binaan yang hebat-hebat dan besar-besar juga tinggi-tinggi.. Bukan kisah hikayat tetapi Allah yang sebut di dalam Al-Quran..

Firman Allah Maksudnya:

Golongan jin itu membuat untuk Nabi Sulaiman apa yang ia kehendaki dari bangunan-bangunan yang tinggi, dan patung-patung, dan pinggan-pinggan hidangan yang besar seperti kolam, serta periuk-periuk besar yang tetap di atas tugunya. (Setelah itu Kami perintahkan): “Beramal lah kamu wahai keluarga Daud untuk bersyukur!” Dan sememangnya sedikit sekali di antara hamba-hambaKu yang bersyukur.

(Saba’ 34:13)

Pinggan pun besar kolam!

Bangunan tinggi mana Allahu A’lam.. Sebab pekerjanya bukan manusia biasa tetapi jin-jin.. Yang boleh terbang.. Yang boleh bergerak dengan laju..

Tetapi di mana binaan-binaan hebat itu?

Kenapa kita tidak menjumpainya? Bukankah kita mempunyai teknologi hebat yang boleh mengesan monumen atau infrastruktur terus dari langit seperti yang dibanggakan sebahagian orang?

Kadang mungkin kita terlalu bangga sehingga terlupa..

Sama seperti bangganya Kafir Quraisy dahulu pada zaman Nabi.. Bangga dengan status mereka.. Bangga dengan kekayaan mereka.. Bangga dengan kepandaian mereka..

Sedangkan Allah sebut satu pun tidak, apatah dua..

Cumanya masalah kita..

Adakala cerita itu ditokok tambah..

Kisah itu ada.. Tetapi Ditambah-tambah.. Kisah yang tidak Allah cerita..

Untungnya, bila Allah berkata.. Al-Quran ini, Allah akan jaga..

Jika tidak, apakah nasib kita?

Kredit: Mohamad Nasir

Ayuh Sertai Group Telegram Demi Malaiu > https://t.me/Dmalaiu

Lihat lagi

Artikel berkenaan

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker