Isu Semasa

Usaha Import Anak Bertaraf Warganegara Asing Harus Diterima Rakyat Malaysia!

Isu: Status anak wanita Malaysia yang lahir di luar negara atau bersuami pasangan bukan warganegara

Sebuah badan NGO, Family Frontiers Malaysia telah melancarkan satu petisyen kononnya bertujuan perjuangkan hak wanita.

Misalnya dalam kes mahkamah yang sedang berlangsung, isu anak wanita Malaysia yang lahir di luar negara sedang dihujahkan.

Selain itu, isu anak wanita Malaysia yang bersuamikan pasangan bukan warganegara turut dibincangkan.

Petisyen itu dijalankan menerusi laman social.digital-activist.org dan menggesa semua wanita Malaysia mengambil bahagian.

Caranya, hantar mesej di Twitter atau Facebook mengguna template yang disediakan NGO tersebut atau boleh mengarang ayat sendiri.

Mengapa Malaysia?

Kes ini dimainkan pejuang hak asasi manusia sejagat yang kurang senang dengan perlembagaan persekutuan sedia ada.

Bagi mereka, perlembagaan persekutuan telah menafikan hak sama rata terutamanya kepada wanita seperti dua contoh di atas.

Antara kenyataan yang dimuat naik dalam laman petisyen itu berbunyi:

“Wanita Malaysia menjalani seluruh kehidupan mereka sebagai warganegara kelas kedua hasil daripada undang-undang kewarganegaraan Malaysia yang diskriminasi.”

“Hak untuk mewariskan kewarganegaraan kepada anak-anak mereka sepatutnya menjadi hak setiap individu sebagai rakyat Malaysia.”

“Status wanita Malaysia tidak berubah semata-mata kerana mereka berkahwin dengan warga asing atau kerana mereka bersalin di luar negara.”

“Sudah tiba masanya untuk wanita Malaysia dilayan sebagai warganegara yang sama rata. Perjuangan ini adalah untuk semua wanita Malaysia, sekarang dan akan datang!”

Wanita BN Turut Menyokong

Perjuangan menegakkan hak sama rata yang dituntut Family Frontiers Malaysia turut mendapat sokongan pelbagai pihak.

Antaranya, Wanita Barisan Nasional (BN) melalui resolusi yang dikemukakan sebagai akujanji menjelang PRU-15 kelak.

Menurut Pengerusi Wanita BN yang juga Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad, Resolusi Ke-6 berbunyi:

“Memohon Kerajaan meminda Perlembagaan Persekutuan supaya perkataan ‘bapa’ dalam Perkara 14 (1)(b) dan Seksyen 1 (b) Bahagian II dipanjangkan kepada ‘ibu’ atau ditukar kepada ‘ibu bapa’ bagi menyelesaikan isu kerakyatan automatik kanak-kanak lahir di luar negara beribukan warganegara Malaysia”.

Ini Keputusan Mahkamah

Mahkamah Rayuan Putrajaya baru-baru ini memutuskan bahawa kanak-kanak yang dilahirkan di luar negara oleh ibu warganegara Malaysia yang berkahwin dengan warga asing tidak layak untuk mendapat kewarganegaraan secara automatik.

Hakim Mahkamah Rayuan, YA Datuk Seri Kamaludin Md. Said dalam memetik Perlembagaan Persekutuan antaranya menyebut:

“Hanya anak kepada bapa yang berwarganegara Malaysia yang dilahirkan di luar negara layak mendapat kewarganegaraan mengikut undang-undang.”

Keputusan tersebut diambil setelah majoriti sebulat suara bahawa istilah “bapa” dalam Jadual Kedua Bahagian II Perlembagaan Persekutuan bermakna bapa kandung dan ia tidak boleh diperluaskan kepada ibu atau ibu bapa.

Usaha Meminda Dalam Perancangan

Dalam kenyataan berlainan, Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim berkata tuntutan oleh Family Frontiers Malaysia ini boleh dicapai sekiranya Perkara 14 Perlembagaan Persekutuan dipinda.

Ia hanya boleh menjadi realiti jika mendapatkan kelulusan Majlis Raja-Raja kerana melibatkan aspek kewarganegaraan.

Namun demikian, apakah usaha atau cadangan meminda ini sesuai untuk dilaksanakan demi kedaulatan negara dan undang-undang?

Kita benar #KitaJugaAnakMalaysia, rancanglah untuk berkahwin sesama warganegara untuk mengelakkan permasalahan pada masa hadapan.

Baca juga SUHAKAM Perlu Ikut Pola Perlembagaan Bukan Jadi Agen Barat
Tonton Masih Relevankah Suhakam?

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button