EkonomiIsu Semasa

Untuk Jana Pendapatan, KTMB benarkan ‘clubbing’ dalam gerobok?

Melampau dan sungguh memalukan, apabila melihat satu posting oleh seorang netizen bernama Fariz Hadi menggambarkan aktiviti disko dan hiburan dalam koc KTMB, baru-baru ini.

Ramai juga tertanya-tanya adakah ini salah satu aktiviti perniagaan terbaharu KTMB bagi menampung kosnya yang tinggi? Jika benar ianya disewakan secara khas bagi aktiviti tidak bermoral seumpama ini jelas KTMB sebenarnya sedang menjemput bala Allah SWT.

Dalam posting di facebook milik Razi Fs, dia menyifatkan kereta api Tanah Melayu Berhad telah hilang serinya.

Menurutnya, kalau dulu pelbagai program ilmiah dibuat di dalam gerabak tren KTMB  termasuk program bacaan Yasin, Ihya Ramadan, Solat Tarawih, Takbir Raya dan banyak lagi program-program yang baik.

Bagaimanapun, kini ia dijadikan disko dan umpama kelab malam bergerak dan terlihat sangat menjengkelkan apabila melihat video rakaman anak-anak muda lelaki dan perempuan berbangsa Cina itu dengan selamba berpeleseran di dalam gerabak KTMB sambil menikmati muzik dan minuman keras, seolah-olah ia seperti berlaku di negara barat.

Baca juga>> Benarkah PBB Hanya Sebagai Pemerhati Setia Yang Naif?

Sementara itu, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia turut menyelar pesta liar yang telah di buat di dalam gerabak kereta api yang dimiliki oleh Kereta Api Tanah Melayu Berhad (KTMB) itu.

Ketua Penerangan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia, Irwan Fahmi Ideris berkata, Perkasa ingin mendapatkan penjelasan jelas dari pihak KTMB apakah alasan untuk pihak KTMB memberi kebenaran kepada pihak penganjur untuk mengadakan Pesta Pinkfish Express di dalam gerabak kereta api?

Perkasa juga menggesa pihak yang bertanggungjawab seperti kementerian pengangkutan tampil untuk membuat kenyataan secara terbuka bagi membersihkan nama pihak KTMB yang jelas kini tercemar kerana aktiviti liar yang mencalarkan imej KTMB.

Perkasa tidak mempunyai halangan untuk mana-mana penganjur ingin menganjurkan pesta hiburan tetapi haruslah mengikut garis panduan yang ditetapkan dan juga dibuat di tempat-tempat yang tertentu tanpa melibatkan pihak-pihak yang lain.

Menarik: PENDEKAR DULU PERGI BERPERANG BAWA SERUNDING,CENCALOK DAN BELACAN ( PENDEKAR MAT ALI )

Artikel berkenaan

Leave a Reply

Back to top button