Agama

Universiti Wajib Selaraskan Ilmu Selari Dengan Pegangan Rasmi Islam Dalam Negara

Termaktub dalam Perkara 3 (1) Perlembagaan Negara, Islam adalah agama Persekutuan dan apabila menyebut tentang Islam, sudah tentu ia bukan fikrah Islam di Iran mahu pun Arab Saudi.

Jika diperhalusi sejak kedatangan Islam awal-awal dahulu pun, fikrah agama yang telah diajar serta diamal di Tanah Melayu jelas mendukung pegangan ahlul sunnah wal jamaah (ASWJ).

Walaupun masa berlalu dan wujud segelintir agamawan Melayu mendukung ajaran Kaum Muda, rata-rata ulama Melayu yang berjuang sebelum merdeka semuanya berpegang dengan ASWJ.

Realiti ini dengan jelas dinyatakan dalam Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan ke-106 pada tahun 2014 bahawa ASWJ adalah fikrah rasmi Islam buat negara ini.

Begitu juga dengan fatwa-fatwa Jabatan Agama Islam serta Undang Undang Negeri, 9 daripada 13 negeri dalam Tanah Melayu menjulang ASWJ secara bertulis.

Dari sudut perundangan berasaskan Perlembagaan dan Fatwa serta undang undang negeri, semua fahaman yang bercanggah dengan ASWJ perlu ditolak.

Hal ini bersesuai dengan Perkara 11 (4) Perlembagaan yang dikuatkan lagi dengan keputusan di negeri-negeri.

APAKAH ITU ASWJ?

Para ulama sepakat bawah ianya di dasar dengan

a) Rukun agama iaitu rukun iman, Islam dan ihsan
b) sumber hukum adalah :

i) Al Quran
ii) Al Hadith
iii) Ijma Ulama
iv) Qias Ulama

Dari fakta, ASWJ itu berilmu dan beramal dengan mazhab fiqh, mazhab tauhid dan juga mazhab tasawuf yang berlandas kepada aliran Iman al-Ghazali dan Imam al-Junaid Bagdadi.

Budaya pilih pilih pendapat pelbagai mazhab secara rambang oleh orang yang bukan layak memilih, bukan sebahagian dari keadah ilmu ASWJ.

JADIKAN UNIVERSITI TEMPAT PERMULAAN

Universiti adalah tempat kita mendidik anak bangsa untuk menjadi ilmuwan dan agamawan yang dapat membimbing keluarga dan masyarakat.

Fakulti Pengajian Islam di semua universiti harus mengajar ilmu agama Islam, satu bidang ilmu di bawah bidang kuasa Raja-Raja Melayu.

Memang sepatutnya semua pensysrah ilmu agama Islam mesti disyaratkan untuk mendapat tauliah mengajar ilmu Islam, sesuai dengan peruntukan undang undang sedia ada.

ANAK-ANAK PULANG BAWA SALAH FAHAMAN

Tetapi adakah ini berlaku? Ibu bapa mengantar anak-anak ke unversiti dengan harapan dapat membantu keluarga hanya dikecewakan dengan si anak membidaahkan dan menerakakan ilmu dan amalan agama ibu bapa.

Hal ini berlaku akibat kurang kawalan di universiti. Macam macam fahaman seperti Syiah, Wahabi, Liberisme dan pluralisme didokong oleh semakin ramai pensyarah di universiti tanpa sekatan dan kawalan.

SULTAN LARANG NAMUN UNIVERSITI TAK TAHU?

Sultan Selangor misalnya jelas melarang penyebaran fahaman selain dari ASWJ di Selangor tetapi Universiti di Selangor sama ada di Gombak, Bangi, Serdang dan beberapa lagi semua bebas mengajikan pensyarah berfahaman yang tidak sesuai di Malaysia.

Akibat dari kekelaruan ini, orang Melayu semakin berpecah.. kalau sampai bertelagah tak kesudah tentang sebagai contoh terawih berapa rakaat dan keharusan tahlil arwah, misalnya perpaduan bangsa semakin sukar.

PEMEGANG FAHAMAN WAHABI MENSYIRIKKAN PEGANGAN TAUHID

Keadaan ni bertambah teruk dengan kebiadapan setengah agamawan wahabi yang mensyirikan pegangan Tauhid Ash’ari wal Maturiah dan menganggap tasawuf itu lebih kotor dari air longkang.

Bagaimana tak selari bila ketua fakuti pengajian Islam sebagai contoh, seorang professor yang jelas berfahaman wahabi ataupun sa orang professor liberial yg memperkekehkan undang undang shariyah berjaitan LGBT di Forum Antarabangsa di Geneva.

Sikap tidak mengambil peduli kesahihan ilmu fikrah Islam dan membiarkan anak anak diajar dengan fahaman fahaman yang bercanggah dengan fikrah rasmi negara adalah satu pengkhianatan, satu kebiadapan kepada Ketua Ketua Agama Negeri.

Sampai bila keadaan ini akan berterusan? Adakah sampai Malaysia jadi seperti Syria? Bergaduh sesama sendiri tanpa kesudahannya seperti Mesir, Yeman, Iraq?

Sampai bila pihak pihak berkuasa agama akan ada keberanian untuk benar benar menjaga kemurnuan Agama islam seperti diamalkan olih lebih 85 peratus orang Islam di dunia?

Sudah sampai masanya semua naib canselor universiti memainkan peranan membersihkan universiti masing-masing.

Sudah sampai masanya mufti-mufti negeri bertegas dan janganlah mengambil sikap sesetengah negeri yang mengangkat kedudujan ASWJ secara jelas dalam undang-undang tubuh negeri.

Tetapi pegawai agama dan pensyarah di universiti tempatan kebanyakannya berfahaman Wahabi, cuma antara tahu dengan tidak tahu sahaja. Sampai bila ini harus terjadi?

Lihat lagi

Artikel berkenaan

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker