Budaya

UNESCO Angkat Keris Sebagai Alat Peradaban & Barang Budaya Pada Tahun 2005!

Keris adalah tangan kepada tangan. Sampai tangan. Menyampaikan hasrat tangan. Keris tarung diukur sehasta sebelah dalam lengan dengan memegang hulu ke dalam. Manakalah keris panjang adalah dua jengkal seteringah, selilit kepala. Itulah ukuran pakaian orang berkeris.

Keris adalah Warisan Dunia diangkat menjadi alat peradaban dan barang budaya oleh UNESCO pada tahun 2005. Manakala ‘Silat’ baru sahaja 2019 mengekori kebangkitan peradaban Melayu, diiktiraf warisan dunia rakyat Malaysia.

Pertanyaan banyak pihak mengenai peraturan memakai keris di Malaysia yang terjawab di bawah Akta 357 (1958) dan Akta A1463 (2014), jelas memperuntukan di bawah Seksyen 6(3)(b) bahawa memakai keris sebagai pelengkap pakaian bagi tujuan rasmi (official) dan upacara (ceremonial) adalah dibenarkan di dalam akta.

Pada masa yang sama Indonesia memperuntukkan perlembagaan Pasal 281 (3) dan Pasal 32 (1) UUD 1945 mengenai jaminan pemeliharan, perkembangan dan perlaksanaan identiti budaya tradisional dihormati.

Setelah UNESCO mengiktiraf Keris sebagai warisan dunia pada 2005, Indonesia, menambah baik Undang-Undang No 11 (2010) bagi menjamin bahawa Keris tidak lagi diletak sebagai senjata tajam berbahaya tetapi sebagai alat budaya, kecuali ia digunakan sebagai alat melakukan kejahatan.

Sudah tentu seni di dalam memakai keris adalah pelengkap zahir dan batin Melayu. Seni yang dibawa Seni Iman dan Adab.

Keris berluk adalah lambang kedudukan pemakai dan tidak ditempa untuk bertikam tanpa sebab. Semakin banyak luk, semakin merendam nafsu. Keris lurus (panjang) adalah keris lambang kuasa dan tanggung jawab, keris sepukal adalah keris penjurit khas untuk bermain seni berkeris.

Keris adalah pakaian peradaban yang disertakan dengan cara dan etika memakai, memegang, membuat, mempusaka, menari, bersilat, dan syarat-syarat penjagaan. Berharap usaha kecil ini akan membuka lembaran baru di dalam membawa kembali keris ke persada dunia sebagai warisan dunia peradaban Melayu.

Sumber: Pekeris

Lihat lagi

Artikel berkenaan

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker