Agama

Umat Islam Dilarang Hadiri Upacara Ritual Perayaan Penganut Agama Bukan Islam – MAINJ

Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) mengeluarkan fatwa larangan ke atas umat Islam menghadiri upacara ritual perayaan penganut agama bukan Islam di negeri ini.

Exco Hal Ehwal Agama Islam Johor, Mohd Fared Mohd Khalid berkata ia sebagai menjunjung titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar yang memperkenan fatwa itu berkuat kuasa hari ini.

Ia selaras dengan para ulama empat mazhab iaitu Syafie, Hanafi, Maliki dan Hanbali yang bersepakat hukum umat Islam menghadiri upacara ritual agama bukan Islam adalah haram dan dilarang, sama ada di rumah ibadat atau tempat-tempat yang biasa dilaksanakan ritual itu.

“Ini menjadi tanggungjawab Jabatan Mufti Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor (MAINJ) untuk buat ketetapan bagi mengelakkan perkara ini daripada berleluasa.

Dalam masa sama, secara berperingkat kita berusaha untuk meningkatkan kefahaman dan mengurangkan penglibatan seperti mana kebiasaan,” kata Mohd Fared kepada pemberita RTM selepas membacakan titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berhubung Fatwa Orang Islam Hadir Upacara Ritual Perayaan Penganut Agama Bukan Islam di Pusat Islam Iskandar, di sini.

Penganjur perlu merujuk garis panduan bagi memastikan ritual dianjurkan tidak melibatkan kehadiran umat Islam.

Bagaimanapun, hukum meraikan undangan atau jemputan ke majlis perayaan bukan Islam tanpa upacara ritual adalah harus dan dibenarkan.

Justeru, MAINJ akan berjumpa dengan ketua-ketua agama dan rumah ibadat bagi meningkatkan persefahaman berhubung larangan tersebut.

Umat Islam yang didapati terlibat dengan upacara ritual boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 9, Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Johor 1997.

Ikuti Kami Di Facebook Ini

[wpdevart_like_box profile_id=”100089655426148″ stream=”hide” connections=”show” width=”330″ height=”100″ header=”small” cover_photo=”show” locale=”en_US”]

Juga Sertai Whatsapp Berita Malaysia

Lihat lagi

Artikel berkenaan

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker