Isu Semasa

Umat Islam Dilarang Beri Jawatan Kepada Mereka Yang Meminta-Minta – Hadis

Perbuatan meminta-minta jawatan di dunia adalah sesuatu yang sangat tidak disarankan dalam Islam bertepatan dengan hadis Nabi Muhammad SAW:

إنا والله لا نولِّي هذا العمل أحداً سأله، أو أحداً حرص عليه. متفق عليه .

“Sesungguhnya demi Allah kami tidak akan memberi jawatan pemimpin kepada seorang yang memintanya atau terlalu berkeinginan memegangnya.”

Hal ini demikian kerana orang yang meminta-minta jawatan dianggap akan berlaku ‘curang’ dan berpotensi untuk tidak mampu menjalankan amanah yang sepatutnya dipukul.

Larangan tersebut juga adalah berdasarkan hadis Nabi Muhammad SAW:

وعن أبي سعيدٍ عبدالرحمنِ بن سَمُرةَ قَالَ: قَالَ لي رَسُولُ اللَّه ﷺ: يَا عَبدَالرَّحمن بن سمُرَةَ، لا تَسْأَل الإمارَةَ؛ فَإنَّكَ إن أُعْطِيتَها عَن غَيْرِ مسأَلَةٍ أُعِنْتَ علَيها، وَإنْ أُعْطِيتَها عَن مسأَلةٍ وُكِلْتَ إلَيْها. متفقٌ عَلَيهِ.

“Daripada Abi Said Abd Rahmah bin Samurah katanya: Baginda Nabi S.A.W telah menasihatiku dengan berkata: Wahai Abd Rahman bin Samurah, jangan engkau meminta jawatan pemimpin. Sesungguhnya jika engkau diberikan jawatan dengan sebab permintaan maka engkau akan ditinggalkan dan tidak akan dibantu oleh Allah dan jika engkau diberikan jawatan tanpa permintaan maka engkau akan dibantu dan mendapat pertolongan Allah dalam memimpin.”

Namun demikian apa boleh buat? British pun sudah tidak campur tangan lagi dalam pentadbiran namun tiada pindaan mengenai sistem demokrasi yang jelas bercanggah dengan Islam.

Pernahkah suatu masa dahulu sebelum tahun 1957 ini kita terbaca cerita nenek-moyang bergaduh sesama Melayu demi survival bangsa kecuali melawan orang kulit putih? Pastinya agak sukar sama sekali!

MISI CAPAI 100,000 LIKE SEBELUM 31 DISEMBER 2022

[wpdevart_like_box profile_id=”100109992115173″ stream=”hide” connections=”show” width=”320″ height=”130″ header=”medium” cover_photo=”show” locale=”en_US”]

Anda memiliki tulisan mengenai Melayu yang ingin dikongsikan? Hantar di sini.

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok Demi Malaiu. Sertai Telegram kami DI SINI untuk kandungan yang menarik dan membangkitkan jati diri bangsa!

Artikel berkenaan

Leave a Reply

Back to top button