Sejarah

Ulama Tentang British Hanya Kerana Cukai, Biar Betul?

Kita diceritakan semua pemimpin Melayu bertaraf ulama sebelum 1957 menentang British gara-gara sistem percukaian yang diperkenalkan atau kononnya tidak berpuas hati dengan campur tangan British.

Lalu kesemua pejuang ini dituduh pembelot dan penderhaka kepada raja-raja Melayu sedangkan walaupun Residen British diterima jadi penasihat, mereka cuma kerja makan gaji sahaja.

Tidak pula buku-buku teks kita ceritakan apa yang dibawa Syarikat Hindia Timur Inggeris untuk melariskan perniagaannya? Takkan kaya dan untung besar dengan kutipan cukai sahaja?

Ada kena mengena? Macam tiada kena-mengena namun kisah lama, biarlah menjadi kisah orang lama dan kita sebagai generasi baharu diminta untuk melihat sejarah untuk tidak mengulanginya.

Selain daripada usaha nak bawa balik hasil kekayaan bumi nusantara ini ke tempat asal mereka, Syarikat Hindia Timur Inggeris tidak pernah gagal memperkenalkan rokok, arak, judi serta zina.

Baca juga>> The Real Ulama Perlu Pimpin Manusia Sedia Untuk Akhir Zaman

Maka disebabkan orang-orang Melayu ini tahap imannya bukan seperti para malaikat, ada masa akan naik dan kalau tidak berjaga-jaga, ia boleh turun.

Sehubungan itu bagi orang-orang Melayu yang dahulunya sering memenuhi surau dan masjid namun bagi yang imannya sukar diteguhkan, mereka mudah terpengaruh dengan keseronokan dunia.

Maka dengan itu, sebagai ulama dan umara yang sering tampil sebagai pejuang Melayu, mereka melihat isu akidah adalah perkara paling besar dan sangat penting untuk dipertahankan.

Dari situlah sebenarnya bermulanya penentangan terhadap perkara buruk yang dibawa oleh British dan tidak sesuai untuk orang-orang Melayu kerana ia hanya banyak mendatangkan kerosakan.

Menarik: Apa Beza Ustaz, Ulama’ Dan Mursyid? – Maulana Wan Tahir

Lihat lagi

Artikel berkenaan

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker