Syeikh Abdul Samad al-Falimbani dilahirkan pada 1116 H/1704 M, di Palembang. Tentang nama lengkap Syeikh al-Falimbani, sejauh yang tercatat dalam sejarah, ada tiga versi nama. Yang pertama, seperti yang disebut dalam Ensiklopedia Islam, dia bernama lengkap Abdul Samad al-Jawi al-Falimbani. Versi kedua, merujuk pada sumber-sumber Melayu, sebagaimana dikutip Azyumardi Azra dalam bukunya Jaringan Ulama Timur Tengah dan Kepulauan Nusantara Abad XVII dan XVIII , ulama besar ini memiliki nama asli Abdul Samad bin Abdullah al-Jawi
al-Falimbani. Sementara versi terakhir, bahawa bila merujuk pada sumber-sumber Arab, maka Syeikh al-Falimbani bernama lengkap Sayyid Abdul al-Samad bin Abdul Rahman al-Jawi.
Dari silsilah, nasab Syeikh al-Falimbani berketurunan Arab, iaitu dari sebelah ayahnya yang bernama Syeikh Abdul Jalil bin Syeikh Abdul Wahhab bin Syeikh Ahmad al-Mahdani. Ayah al-Falimbani adalah ulama berasal dari Yaman yang diangkat menjadi Mufti negeri Kedah pada awal abad ke-18. Sementara ibunya, Radin Ranti, adalah wanita Palembang yang merupakan isteri kedua Sheikh Abdul Jalil, setelah sebelumnya sempat menikahi Wan Zainab, puteri Dato’ Sri Maharaja Dewa di Kedah.
Karya Kitab :
Dua karya besar al-Falimbani, Sayr al-Salikin ila ‘Ibadah Rabb ai-‘Alamin dan Hidayah al-Salikin fi Suluk Maslak al-Muttaqin
dianggap sebagai contoh yang menunjukkan para ulama abad ke-18 kembali ke tasawuf Sunni AI-Ghazali dan meninggalkan wahdatul wujud Ibn al-‘Arabi yang abad sebelumnya sangat dominan di Aceh.
1.Hidayah al-Salikin Fi Suluk Maslak al-Muttaqin
Ia sebuah adaptasi daripada karangan Imam al-Ghazali Kitab Bidayatul Hidayah. Ia mengandungi perbahasan usuluddin, syariat dan tasawuf. Ia selesai ditulis di Makkah pada tahun 1778. Ia juga mempunyai pengaruh yang besar di Nusantara dan buku ini telah dicetak berkali-kali di Makkah, Bombay, Kaherah dan lain-lain.
Mengenai Hidayah al-Salikin yang ditulisnya dalam bahasa Melayu pada 1192 H/1778 M, sering disebut sebagai terjemahan dari Kitab Bidayah al-Hidayah karya AI-Ghazali. Tetapi di samping menerjemahkannya, Al-Falimbani juga membahas berbagai masalah yang dianggapnya penting di dalam buku itu dengan mengutip pendapat AI-Ghazali dari kitab-kitab lain dan para sufi yang lainnya. Di sini ia menyajikan suatu sistem ajaran tasawuf yang memusatkan perhatian pada cara pencapaian ma’rifah kesufian melalui pembersihan batin dan penghayatan ibadah menurut syariat Islam.
2.Sayr al-Salikin ila Ibadat Rabb al-Alamin
Ini merupakan karya terbesar Sheikh Abdul Samad. Ia siap di Thaif pada tahun 1778. Kitab ini didasarkan kepada kitab Lubab Ihya’ Ulumuddin . Ia dicetak berkali-kali termasuk di Pulau Pinang. Kitab Sayr al-Salikin ditulis olehnya di dua kota, iaitu Makkah dan Ta’if, 1779 hingga 1788. Kitab ini selain mengandungi terjemahan Lubab Ihya’ Ulum al-Din karya Al-Ghazali, juga memuatkan beberapa masalah lain yang diambil dari kitab-kitab lain.
Pandangan Ulama :
Menurut Ahmad Fahmi Zamzam al- Banjari ,kepulangan Syeikh Abdul Samad al-Falimbani ke Fatani kala itu setelah menyelesaikan penulisan buku yang berjudul Nasihatul Muslimin wa Tazkiratul Mu’minin fi Fadhail Jihadi fi Sabilillah wa Karamatul Mujtahidin fi Sabilillah sebagai menyokong dan memberi semangat terhadap jihad menentang penjajahan kafir di Nusantara.
Sebelum tercetus perang Kedah dan Patani menentang penjajahan Siam, Syeikh Abdul Samad al-Falimbani yang berada di Mekah telah menerima surat daripada saudaranya, Syeikh Abdul Kadir bin Syeikh Abdul Jalil al-Mahdani, Mufti Kedah yang memaklumkan bahawa akan berlaku perang jihad mempertahankan Islam dan tanahair bagi Kedah dan Patani.
Kecintaan syeikh terhadap jihad telah sekian lama, namun panggilan jihad di Patani lebih utama berbanding tanah Jawa. Barangkali kecintaannya terhadap bumi Patani lebih utama kerana di dalam sebuah manuskrip al-‘Urwatul Wutsqa karya beliau, terdapat Syeikh Abdul Samad menyebut di hujung namanya dengan ‘al-Fathani’.
Syeikh kemudian pulang ke Kedah lalu diangkat sebagai Panglima Perang dan terus mara bersama angkatan Kedah, Patani, Aceh, Kelantan dan Terengganu. Perang yang disertai oleh Syeikh ini banyak pendapat dalam menyatakan tarikh berlakunya peristiwa itu.
Kita pula berpendapat bahawa perang yang paling besar gabungan Kedah dan Patani sebanyak dua kali iaitu pada 1831 dan 1838. Ini kerana Syeikh telah ke Mekah selepas kejatuhan Patani 1785. Begitu juga dengan penghijrahan Syeikh Daud al-Fathani ke Terengganu dan seterusnya ke Mekah adalah selepas 1785. Penghijrahan besar-besaran golongan ulama Patani yang pertama dalam sejarah termasuklah keluarga Syeikh Abdul Kadir Bukit Bayas ke Terengganu.
Persahabatan Syeikh Abdul Samad al-Falimbani dan Syeikh Daud al-Fathani di Mekah menunjukkan penghijrahan itu berlaku akibat perang 1785. Semenjak itu Syeikh Daud al-Fathani tidak pernah pulang Ke Patani dan meninggal dunia di Mekah pada tahun 1847.
Syahidnya Syeikh Abdul Samad al-Falimbani
Perjuangan beliau dalam medan Jihad terserlah dalam peperangan Pattani dan Kedah menentang Siam pada tahun 1832. Tercatat dalam sejarah Peperangan antara Pattani dan Siam berlaku sebanyak 12 kali. Syeikh Daud Fattani dan Syeikh Abdul Samad al-Falimbani meninggalkan Makkah untuk turut serta dalam jihad menentang Siam pada tahun 1832.
Menurut sumber yang lain, dalam tempoh menunggu hujan monsun berhenti, angkatan Kedah menanti tentera bantuan daripada Pahang dan Terengganu sampai. Manakala British menghantar bantuan persenjataan dan kapal-kapal perang kepada Siam dalam tempoh itu. Kemudian berlakukan perang Hatyai yang sengit. Dalam perang itu, syahidnya seorang ulamak besar, Syeikh Abdul Samad Falimbani (Palembang). Dalam peperangan itu, alim ulamak turut berperang di barisan hadapan melawan musuh. Badan beliau (Syeikh Abdul Samad Falimbani) di kebumikan di Selatan Thai bernama Hatyai ,Bantrang hanya badan sahaja akan tetapi kepalanya di potong dan di bawa ke Raja Siam di Bangkok untuk di persembahkan ,
Sheikh Abdul Samad telah dilantik sebagai panglima perang. Syeikh Abdul Samad syahid dalam peperangan tersebut iaitu pada tahun 1828. Beliau ditangkap dan disula oleh tentera Siam, dan kepalanya dipancung dan di bawa ke Bangkok untuk dipersembahkan kepada Maharaja Siam sebagai bukti kematiannya. Dikatakan bahawa kuburnya baru sahaja dijumpai oleh pengkaji sejarah di Pattani iaitu di Mukim Jenung di Chenak, Patani. iaitu berhampiran dengan Pondok Bantrap.
Kesimpulan
Kita hendaklah bersyukur kerana adanya datuk nenek kita mempertahankan tanah air kita perjuangan Bersama ulama dan umara’ ketika itu . Hebat tidak hebat ulama kita ulama juga pergi berperang dan duduk di barisan hadapan dan para perjuang kita bermatian mempertahankan tanah air kerana agama ,bangsa ,negara.
Juga Sertai Whatsapp Sejarah Nusantara
Anda memiliki tulisan mengenai Melayu yang ingin dikongsikan? Hantar di sini.
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok Demi Malaiu. Sertai Telegram kami DI SINI untuk kandungan yang menarik dan membangkitkan jati diri bangsa!