Dengan pelambakan ustaz, PU, Imam muda, da’i dan semacam lagi gelaran asatizah yang tumbuh bak cendawan selepas hujan menyebabkan masyarakat mungkin keliru untuk menentukan yang mana sebenarnya boleh dipercayai dan yang tidak.
Paling penting, siapa yang beraliran Ahli Sunnah Wal Jamaah dan siapa pula sebaliknya.
Sebelum kita jengok mereka yang lulus Ahli Sunnah Wal Jamaah ini, mari kita kenal dahulu apa itu Ahli Sunnah Wal Jamaah.
Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) merupakan kumpulan pemikir yang terdiri daripada ahli hadis, ahli fikh dan ahli tafsir. Mereka adalah pendukung kepada kitab Al-Quran dan hadis Nabi Muhammad s.a.w., juga pendukung kepada apa-apa perkara yang dilakukan oleh para sahabat selepas kewafatan Nabi s.a.w.
ASWJ juga mestilah berpegang kepada salah satu mazhab yang empat iaitu Hanafi, Hanbali, Maliki dan Shafie.
Ada sesetengah kelompok manusia yang merasakan mereka tidak mahu berpegang kepada mana-mana mazhab empat ini, maka mereka bukanlah termasuk dengan ahli kumpulan ASWJ.
Namun demikian, di Malaysia, negara ini berpegang kepada aliran ASWJ ini dan mengikut kepada mazhab Shafie. jadi, mana-mana kelompok yang menolak untuk berpegang kepada ASWJ ini, mereka boleh dikategorikan sebagai sesat, tertakluk kepada keputusan majlis agama negeri atau persekutuan.
Maka dengan sebab itu, adalah penting bagi umat Islam di negara ini untuk mengenali tokoh-tokoh ASWJ yang sebenar supaya masyarakat tidak terpengaruh dengan dakyah-dakyah selain ASWJ.
Lagi pula dengan kebanjiran maklumat di era ini, kebanyakan masyarakat tidak dapat membezakan antara yang telus ASWJ dan yang bertentangan dengan aliran itu.
Maka di sini adalah antara ulama-ulama yang mungkin anda pernah saksikan wajah mereka di layar telefon bimbit anda yang lulus ASWJ.
2. Tuan Guru Ahmad Rozaini Abdul Rahman al-Hajari
3. Syeikh Nuruddin Marbu ALBanjari
4. Maulana Hussein Abdul Kadir Al-Yusufi
6. Tuan Guru Syeikh Aminuddin bin Abdul Rahim
7. Syeikh Muhd Zainul Asri Mohd Romli
9. Tuan Guru Ahmad Ridoudin Abdul Wahab
10. Tuan Guru Hj Wan Muhammad Izuddin bin Syaikh Wan Ibrahim
12. Sheikh Abu Zaki
13. Sheikh Aleey Abdul Qadir Al-Tahiri
14. Tuan Guru Ustaz Haji Abdul Raof bin Haji Nurin
15. Tuan Guru Syeikh Dr Hj Jahid Bin Hj Sidek al-Khalidi
Semoga dengan ini masyarakat kita sedikit banyak dapat memberikan panduan kepada kita semua supaya tidak tersalah haluan. In shaa allah.