Raja-Raja

Ulama Arifbillah Mursyid Raja Melayu Melaka

Sejarah  perkembangan Islam di Alam Melayu telah terbukti dengan adanya hubungan ulama ‘ dan umara menjadi kunci kepada kekuatan ,kesejahteraan serta kemakmuran masyarakat dalam kerajaan -kerajaan yang dibangunkan .

Hubungan yang ini dimaksudkan adalah  pembimbing dan penasihat raja -raja bagi melaksanakan hukum hakam agama dan amanah sebagai Khalifah Allah dengan baik dan sempurna.

Kesultanan Melayu Melaka  contoh yang baik dan boleh diangkat kerana dengan pembimbingan para ulama dan ahli sufi dapat mewujudkan suasana yang harmoni dengan golongan raja-raja, bangsawan serta para pembesar yang adil dan beribawa serta menunjukan sifat amanah dan bijaksana mereka dalam mengatur ketatanegaraan yang hebat dan gemilang sehingga dihormati dan disegani oleh kerajaan-kerajaan dari merata dunia yang ingin berhubungan dengan kerajaan Kesultanan Melayu Melaka ketika dahulu.

Menurut Kitab Sulalatus Salatin ,Raja Kecil Besar telah di Islamkan oleh Sayyid Abdul Aziz ,langsung mengambil nama sultan Muhammad Shah Bersemperna pengislaman baginda. Sayyid Abdul Aziz juga merupakan guru peribadi kepada baginda sultan selama 8 tahun.

 

Sayyid Abdul Aziz membuka madrasah pengajiannya di sebuah tempat bernama Upih nama lamanya  yang sekarang terkenal dengan panggilan Tengkera . Masjid Tengkera Tertua juga merupakan ikonik klasik di Melaka.

Masjid Tengkera Melaka

 

 

Menurut Tan Sri Prof Syed Naquib al-Attas Pembangun Kesultanan Melaka Yang pertama ,iaitu Parameswara berkemungkinan telah di Islamkan samada oleh maulana Ibrahim Asmoro ataupun puteranya Maulana Ishak.

 

Tan Sri Prof Syed Naquib al-Attas

Parameswara menerima ajaran Islam yang dibawa oleh Sayyid Abdul Aziz yang datang dari Tanah Arab untuk berdagang di Melaka, manakala keturunannya terus menjadi pembimbing agama kepada kerabat diraja dan sultan-sultan yang seterusnya .

Parameswara kemudiannya mengguna pakai nama yang berunsurkan Islam iaitu dengan gelaran Sultan Iskandar Shah. Selaras dengan konsep pemerintah dalam Islam, perubahan penggunaan gelaran dilakukan daripada “raja” yang terbit daripada pengaruh Hindu-Tamil kepada gelaran “sultan”.

Berkemungkinan usianya itu 80 tahun ,maka sultan Iskandar tidak sempat mengislamkan seluruh ahli keluarga baginda, maka kita lihat berlaku peristiwa pengislaman cucu atau cicitnya, iaitu Raja Kecil Besar.

Menurut Pandangan Tun Suzana , Kesultanan Melayu memainkan peranan besar sebagai pusat penyebaran, perkembangan dan pendidikan ilmu Islam yang kemudian memunculkan empayar-empayar sehebat Kesultanan Samudera Pasai dan Kesultanan Melaka sebagai peneraju kepada kegemilangan Islam di Nusantara.

Pemerintah dan ulama terutama dalam kalangan Ahlul Bait atau berdarah keturunan Nabi Muhammad SAW umpama isi dan kuku serta tidak diketepikan dalam urusan pentadbiran sehinggalah kepada hal ehwal agama.

“Kesultanan Melaka pernah menjadi sebuah empayar yang besar, maka dalam peranannya sebagai pusat perkembangan serta penyebaran Islam, Raja-raja Melaka menghantar pendakwah serta alim ulama ke daerah jajahan takluknya seperti Johor, Pahang, Jambi, Kampar Bengkalis, Bintang dan Pulau Karimun.

“Melaka juga menjadi acuan, warna dan intipati jajahan tersebut termasuk dalam pengambilan feqah Mazhab Imam Syafie,”katanya.

Tambahnya, seorang ulama Ahlul Bait dari Jeddah yang bernaung di bawah Syarif-syarif Mekah bernama Sayyid Abdul Aziz yang bertanggungjawab mengislamkan Raja Melaka ketika itu, Sultan Muhammad Shah selain turut menjadi penasihat dalam mencorakkan pemikiran, tindakan dan keputusan Baginda selama lapan tahun.

Selain menyampaikan dakwah kepada Sultan Muhammad Shah, anak kepada Sayyid Abdul Aziz iaitu Sayyid Maulana Yusuff dan cucunya, Sayyid Menawar turut menjadi kadi di Melaka dan membimbing hampir kesemua Raja-raja Melaka seperti Sultan Muzaffar Syah, Sultan Mansur Syah, Sultan Alauddin Riayat Syah dan Sultan Mahmud Syah I.

“Ini mengambil masa yang lama dan mampu meninggalkan pengaruh dan legasi Ahlul Bait yang amat besar di tengah-tengah Kesultanan Melayu Melaka.

MISI CAPAI 100,000 LIKE 

Anda memiliki tulisan mengenai Melayu yang ingin dikongsikan? Hantar di sini.

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok Demi Malaiu. Sertai Telegram kami DI SINI untuk kandungan yang menarik dan membangkitkan jati diri bangsa!

untuk lebih banyak bacaan sila lawati lamanweb demimalaiu.com

Lihat lagi

Artikel berkenaan

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker