Isu Semasa

UEC : Maruah Dan Kepentingan Bangsa Tergadai Demi Kuasa?

Saban tahun, saban kerajaan pemimpin Melayu yang terdesak untuk mengekalkan kuasa, akan melakukan tindakan-tindakan yang boleh merugikan survival bangsa sendiri hanya semata-mata untuk mendapatkan sokongan undi atau sokongan dari pemimpin bukan Melayu.

Keadaan ini berlaku kerana para pemimpin yang menerajui kerajaan masa itu tidak mendapat sokongan padu dari para pengundi Melayu, mahu pun juga dari sebahagian pemimpin-pemimpin Melayu yang bukan dari parti menjadi pemerintah negara.

Realiti ini telah berlaku saban tahun, sebagai contoh seperti usaha sempadan semula kawasan Parlimen Cina, sokongan pada sekolah Vernakular, RUU 355, Kalimah Allah, Tanah Reserv Melayu dan sekarang ini usaha untuk mengiktifarkan UEC.

Isu-isu ini semua yang bukan sahaja melibatkan kepentingan agama, dan bangsa bagi orang Melayu, tetapi juga keamanan dan perpaduan Negara.

Ianya sangat penting kerana ia boleh mengundang pergaduhan dan perbalahan kaum. Contohnya seperti peristiwa tragedi 13 Mei yang berlaku pada tahun 1969.

Cadangan kerajaan untuk mengiktirafkan UEC, seperti biasa memperlihatkan budaya para pemimpin Melayu yang lebih mencari sokongan dari orang bukan Melayu daripada kesungguhan mempertahankan apa yang telah ditinggalkan oleh generasi orang Melayu dahulu untuk menjaga kepentingan orang Melayu, terutamanya kepada 3 yang paling asas sekali iaitu kesucian agamanya, hak ke atas bangsanya dan kedaulatan Raja-Raja Melayu.

Sama ada mahu terima atau tidak, punca berlakunya keadaan ini bermula dari pemimpin-pemimpin yang pernah memerintah negara Malaysia sebelum ini yang telah banyak melakukan kesilapan dan membawa masalah pada politik Melayu.

Jangka masa pemerintahan yang begitu lama, hasil dari perbuatan kroni-kroni mereka memanipulasikan berita dan mewujudkan suasana dalam keadaan ancaman yang sengaja diada-adakan apabila dekat tibanya PRU menyebabkan mereka dapat terus mengekalkan kuasa.

Pemimpin-pemimpin korup dahulu ini telah berjaya menghasilkan pengganti-pengganti atau apprentis yang lebih melayukan diri pada kuasa dan harta, mengakibatkan budaya “buat apa saja asal kekal berkuasa”, termasuk politik wang yang menjadi sebahagian daripada kehidupan politikus Melayu.

Institut Kehakiman tidak terkecuali, dipergunakan oleh pemimpin politik dengan memberi tekanan ke atas para hakim, para peguam, dan penjawat awam untuk menjaga kepentingan peribadi pemimpin itu.

Perkara yang sama berlaku pada institusi agama dengan menggadai maruah agama demi untuk mereka terus kekal berkuasa.

Bagi pemimpin yang sudah terlalu lanjut, sepatutnya lebih membetulkan keadaan dengan menyokong kerajaan sedia ada, tanpa apa jua syarat dengan meletakkan kepentingan Agama Bangsa dan Negara.

Juga sepatutnya juga diambil oleh semua pemimpin dengan melayukan diri mereka kepada Allah SWT, dan bukan pada nafsu dan kuasa.

Mungkin sudah tiba masanya NGO-NGO Islam perlu berperanan dengan lebih agresif mendesak para pemimpin Melayu agar mengukuhkan jati diri bangsa dan ketatkan perpaduan sesama sendiri atas nama Melayu-Islam sebelum melayukan diri pada desakan pihak lain hanya untuk kekalkan kuasa.

Mungkin isu seperti UEC ini dapat diselesaikan dengan cara mendesak semua pemimpin politikus sepatutnya melayukan juga diri kepada Allah SWT, ketepikan kepentingan politik kepartian dan mengutamakan kepentingan Agama, Bangsa dan Negara.

Sekaligus tidak memerlukan mana-mana pihak menggadai maruah dan kepentingan Agama dan Bangsa hanya untuk kekal kuasa.

Umat Melayu-Islam dididik merapatkan saf, walaupun orang sebelah kita berlainan mazhab, atau berpakaian buruk.

Jangan sampai jadi seperti musang dalam reban ayam atau katak nafsu yang suka melompat kerana gilakan kuasa.

“Wahai pemimpin Melayu, Melayukanlah diri kamu hanya pada Allah SWT.”

Haji Abdul Kareem Said
Ketua Aktivist Gabungan Demi Melayu

Baca juga Belenggu Dan Kegilaan Pensabotaj Melayu Sehingga Kini!

Lihat lagi

Artikel berkenaan

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker