Agama

TV Alhijrah Bangga Tampilkan Panel Tanpa Tauliah Kepada Rakyat Malaysia?

Umum mengetahui bahawa fahaman wahabi adalah sesuatu yang amat bertentangan dengan manhaj ahlus sunnah wal jamaah yang diamalkan dalam Malaysia seperti yang diputusan Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan Ke-106.

Sama juga dengan individu yang tidak bertauliah namun diberikan peluang dan ruang untuk muncul di pelbagai platform atas alasan ingin berdakwah.

Namun demikian beberapa tahun menjelang 2030, kumpulan yang mendukung fahaman wahabi serta individu yang tidak bertauliah semakin rancak mempamerkan diri mereka kepada khalayak umum.

Mereka tahu sekiranya mereka menjelaskan status fahaman mereka adalah wahabi, mereka mungin akan dikenakan tindakan berdasarkan undang-undang yang termaktub seperti dalam Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Tubuh Negeri, itu pun sekiranya pihak berkuasa mahu melakukannya.

Namun bagi individu yang tidak bertauliah, bagaimana pula keadaannya? Siapa yang bertanggungjawab untuk memantau kumpulan sebegini dalam kalangan masyarakat?

Sehubungan itu, kedua-dua kelompok ini bagaikan selesa untuk bersikap terbuka dan membuatkan masyarakat percaya Islam itu mudah dan boleh diremeh-remehkan.

Walau bagaimanapun, komen-komen yang ditinggalkan di ruangan Facebook TValhijrah amat mengejutkan!

Perbezaan pendukung fahaman wahabi dengan ahlus sunnah wal jamaah boleh dilihat dari segi aspek pemikiran dan akidah namun tidak ramai yang berjaya melihat kewujudan ‘ruang kelabu’ ini.

Akhirnya kumpulan pendukung fahaman wahabi ini terus diterima masyarakat yang mahu hidup jadi mudah tanpa memikirkan kesan buruknya yang sukar ditamatkan.

Mengharapkan Jakim dan Jawi untuk mengambil tindakan, ramai yang beranggapan ia satu mimpi dan kerana berdasarkan cara mereka bekerja, mereka hanya boleh bertindak sekiranya aduan dibuat dan tidak pandai membuat aduan sendiri.

Jika aduan dibuat dan barulah tindakan akan diambil, lebih baik rakyat yang sedar sahaja yang ganti jawatan pegawai kerajaan yang makan gaji dan bekerja di dalam kedua-dua sektor berkenaan.

Taksub Tok Guru Tak Boleh!

TV Alhijrah Dah Berhijrah Ke?

Mentang-mentanglah tidak ramai rakyat Malaysia memilih untuk menonton TV Alhijrah, berani-berani pula stesen TV berkenaan mengambil individu yang tidak bertauliah bercakap soal agama kepada rakyat yang dahagakan ilmu.

Kredit : Ahmad Zayed

Nota: Tulisan di atas tidak menggambarkan pendirian Demi Malaiu sebaliknya perkongsian dipetik daripada group-group media sosial.

Lihat lagi

Artikel berkenaan

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker