Semasa zaman Kesultanan Melayu Melaka, Siam ada membuat beberapa percubaan untuk menyerang empayar itu namun disebabkan adanya Tun Perak, Siam terpaksa berundur.
Mengikut sejarah untuk menundukkan keegoan Siam, Tun Perak pada mulanya menyuruh Tun Umar, anak Seri Bija Diraja, yang tersangatlah berani ‘mengusik’ armada Siam.
Armada Siam disuluh dengan cahaya yang sangat terang sekali gus membolehkan Tun Umar menyerang secara mengejut ke atas beberapa perahu Siam lalu ditenggelamkan.
Tindakan itu menggemparkan armada Siam dan dalam keadaan cemas serta kelam-kabut, Tun Perak berjaya memanfaatkan kegemparan itu dengan bijak.
Tun Perak menyuruh orang ramai mengambil pohon kayu bakau, nyirih dan tumu api-api lalu ditambatnya dengan puntung api dan Siam menjadi takut.
Takut kerana belum habis dengan kegemparan beberapa perahu diserang, armada Siam terkejut dan terpercaya bahawa bilangan armada Melaka tersangatlah ramai.
Padahal ia cuma puntung api yang ditambat dan armada Siam menyangka itu adalah orang yang memegang obor, lalu Siam berundur dan Melaka memang tanpa berlawan.
Ini adalah salah satu kehebatan dan kemahiran perang psikologi yang digunakan Tun Perak untuk menundukkan musuh yang sering berlagak hebat.
Masih ada lagi banyak cerita lain dan antaranya, jangan tidak tahu Tun Perak adalah individu yang menaikkan nama Hang Tuah dan rakan-rakannya sehingga menjadi pahlawan kerana beliau mengetahui kehandalan mereka.
Paling menarik, orientalis Inggeris, Richard Olaf Winstedt menggelarkan Tun Perak sebagai ‘Perancang dasar imperialis Melaka di Malaya dan Sumatera bagi lebih dari tiga pemerintahan’.
Semua ini disebabkan kebijaksanaan pemikiran Tun Perak dan juga keupayaan merancang pentadbiran Kerajaan Melaka sehingga menjadi kuat serta bersatu padu.