Sebelum adanya perakam suara atau telefon bimbit yang boleh merakam audio serta visual, orang-orang Melayu dahulunya menggunakan sistem trengkas bagi mencatat maklumat.
Trengkas banyak digunakan oleh kerani serta wartawan misalnya dan golongan orang-orang bekerja dalam sektor yang memerlukan dia untuk menulis dengan cepat.
Apa itu trengkas? Ada yang menulis ia merupakan gabungan daripada perkataan tangkas dan ringkas, maka terjadilah sistem tulisan berbentuk trengkas.
Jika mengamati sistem tulisan trengkas ini, caranya cukup mudah dan penulis tidak perlu mengeja satu per satu seperti abjad yang ada pada hari ini untuk membunyikan perkataan.
Berikut adalah konsep sistem tulisan trengkas yang dikongsikan pengguna Facebook dalam group Facebook Malaysia Dulu-Dulu.
Tulis Guna Trengkas, Taip Guna Mesin Taip
Namun begitu, tulisan trengkas ini adalah tulisan untuk cepat sahaja dan sekiranya mahu dijadikan tulisan bagi dokumen rasmi, perlulah ditaip semula menggunakan mesin taip.