Isu Semasa

“Tolong Pindahkan Saloma Link Ke Sabah, Kasihan Tengok Orang Nak Pergi Sekolah!” – Netizen

➡️ Join group Whatsapp Demi Malaiu

Kos pembinaan jejantas pejalan kaki Saloma Link sepanjang 370 meter di tengah-tengah ibu kota Kuala Lumpur dilaporkan bernilai RM31 juta.

Namun memasuki tahun 2022 dalam abad ke-21 ini, jambatan Sungai Batang di Sandakan, Sabah ibarat hidup segan, mati kena baham buaya.

Dalam rancak para menteri bercakap soal ekonomi serta kemajuan teknologi dan sebagainya, nasib dua negeri di Borneo masih dianak tirikan.

Melihat beberapa keping gambar daripada Bernama, amatlah pilu dan duka cita rasa hati rakyat Malaysia kerana masih ada kawasan yang mundur.

Sampai bila perkara ini akan berakhir? Adakah selepas PRU-20 dalam tempoh puluhan tahun akan datang pula? Tiada siapa yang tahu!

Namun setelah diviralkan secara meluas, nampaknya individu yang ada kuasa dalam negeri Sabah mula kepanasan tidak berpuas hati kerana kerja-kerja baik pulih sudah dibuat tetapi tidak diviralkan.

Apa komen tuan-tuan dan puan-puan? Tinggal di Facebook Page Demi Malaiu dan kongsikan artikel ini untuk pastikan negeri Borneo tidak dianak tirikan kerajaan semasa atau mana-mana kerajaan.

➡️ Join group Whatsapp Demi Malaiu

Lihat lagi

Artikel berkenaan

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker