Isu Semasa

Tolak Calon PRU-15 Yang Terlibat Dengan 7 Cabang Korupsi – Pembela

Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) ingin mengajak semua rakyat Malaysia untuk menolak semua calon calon Ahli Parlimen dan ahli dewan undangan negeri yang mempunyai terlibat dengan 7 Cabang Korupsi.

Dalam satu kenyataan, Pembela menggariskan 7 Cabang Korupsi itu merangkumi Korupsi Akidah, Korupsi Persaudaran Muslim, Korupsi Perlembagaan, Korupsi Cabang Kuasa Negara, Korupsi Nyawa, Hak Asasi & Kesejahteraan Rakyat, Korupsi Amanah & Harta Benda serta Korupsi Alam Sekitar & Hasil Bumi Negara.

KORUPSI AKIDAH

  • Islam ialah agama & akidah negara.
  • Sebarang usaha untuk menjadikan akidah negara dan akidah umat Islam serta akal, budi, akhlak, keturunan dan jati diri rakyat korup dan rosak, hendaklah ditentang setegastegasnya.
  • Undi calon yang jelas memperjuangkan isu-isu Agama Negara & akidah umat Islam & Tolak mereka yang sebaliknya.

KORUPSI PERSAUDARAAN MUSLIM

  • Islam mempersaudarakan manusia tidak kira apa jua bangsa mereka.
  • Khutbah terakhir Rasulullah saw mengingatkan kita tentang menjaga persaudaraan Islam.
  • Sebarang usaha untuk merosakkan serta menghancurkan perpaduan umat Islam hendaklah ditentang setegas-tegasnya.
  • Undi calon yang Pro kepada Penyatuan Islam. Tolak Mereka yang sebaliknya.

KORUPSI PERLEMBAGAAN

  • Perlembagaan Persekutuan meletakkan asas perlembagaan yang mesti dipertahankan.
  • Asas perlembagaan persekutuan adalah Islam, hak keistimewaan melayu & bumiputera, bahasa melayu dan Raja-Raja melayu.
  • Sebarang usaha untuk menafikan, mengubah atau menjadikannya korup, hendaklah ditentang dengan setegas-tegasnya.
  • Undi calon yang mempertahankan serta memperjuangkan perkara ini dan tolak Mereka
    yang sebaliknya.

KORUPSI CABANG KUASA NEGARA

  • Malaysia ditadbir melalui 3 cabang kuasa.
  • Kuasa legislatif, kuasa eksekutif & kuasa judisiari.
  • Ketiga-tiga cabang kuasa di atas hendaklah menjalankan peranan & amanah dalam lingkungan kuasa masing-masing, memastikan akidah negara & keluhuran perlembagaan negara tidak dikorupkan dengan agenda-agenda asing.
  • Sebarang usaha untuk menafikan, mengubah atau menjadikan ketiga-tiga cabang ini korup, hendaklah ditentang dengan setegas-tegasnya.
  • Undi calon yang mempertahankan serta memperjuangkan perkara ini dan tolak mereka yang sebaliknya.

KORUPSI NYAWA, HAK ASASI & KESEJAHTERAAN RAKYAT

  • Setiap rakyat malaysia mempunyai hak terhadap nyawa, keluarga, kebebasan & kesejahteraan hidup.
  • Semua yang dilantik untuk menguruskan urusan negara harus memastikan nyawa, hak kebebasan & hak untuk mendapat kehidupan yang sejahtera bagi rakyat malaysia hendaklah dihormati.
  • Semua bentuk hak kebebasan hendaklah dipelihara dalam lingkungan menghormati kedudukan islam sebagai agama bagi negara.
  • Undi calon yang mempertahankan serta memperjuangkan perkara ini dan tolak Mereka
    yang sebaliknya.

KORUPSI AMANAH & HARTA BENDA

  • Semua yang dilantik untuk menguruskan setiap amanah jawatan di dalam mana-mana kementerian, jabatan, agensi, glc harus memastikan setiap amanah itu ialah untuk memastikan negara diuruskan dengan cara yang terbaik.
  • Semua bentuk korupsi dalam bentuk pecah amanah, songlap, curi, rasuah perlu ditentang setegas-tegasnya.
  • Undi calon yang mempertahankan serta memperjuangkan perkara ini dan tolak Mereka
    yang sebaliknya.

KORUPSI ALAM SEKITAR & HASIL BUMI NEGARA

  • Malaysia dikurniakan allah dengan alam sekitar yang indah dan hasil bumi yang kaya.
  • Semua bentuk korupsi yang menyebabkan alam sekitar rosak & hasil bumi dikaut dengan tamak tanpa mempedulikan kelestarian keduanya harus ditentang sekeras-kerasnya.
  • Undi calon yang mempertahankan serta memperjuangkan perkara ini dan tolak mereka yang sebaliknya.
Lihat lagi

Artikel berkenaan

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker