Sejarah

Tokoh Ulama Kedah : TG. Ibrahim Wan Abdul Kadir “Pak Cu Him”

Siri Tokoh Ulama Melayu Nusantara

 

Harimau mati meninggalkan belang, gajah mati meninggalkan gading, manusia mati meninggalkan nama.

Pak Cu Him dilahirkan pada tahun 1894 di Bendang Daya, Patani. Nama sebenar beliau ialah Haji Wan Ibrahim bin Wan Abdul Kadir. Beliau adalah adik kepada Pak Da Ail Patani, guru di Mekah yang termasyhur.

Oleh kerana abangnya digelar Pak Da, maka beliau diberi gelaran Pak Cu Him. Sejak kecil, beliau dididik oleh ayahnya mengikut cara Islam yang dipelajarinya. Kemudian, beliau dihantar belajar agama di Bermin, Patani.

Tuan Guru Syeikh Haji Wan Ibrahim Wan Abd Kadir di kenali Pak Cu Him kelahiran Bendang Daya, Patani pada 1894. Semenjak kecil beliau ke Mekah belajar dengan bapanya Haji Wan Kadir, pengasas Pondok Bendang Daya.

Setelah kembali ke Patani dia belajar di Pondok Chegar, sebelum ke Pondok Bermin, Pondok Tok Raja Haji Jambu.

Pada tahun 1912, sekali lagi ke Mekah untuk belajar dengan Pak Chik Wan Daud, bapa saudaranya.

Beliau begitu fasih berbahasa Arab dan telah mengarang syair Arab, buku Qawaid al-Fiqhiyyah dalam bentuk syair dengan tulisan tangan.

Kebolehan Pak Cu Him telah mendapat pengiktirafan dan diberi tauliah untuk mengajar agama di Masjidil Haram selama beberapa tahun.

Pak Cu Him selama 12 tahun duduk di Mekah

 

Pak Cu Him tinggal di Mekah selama 12 tahun dan menemui guru termasyhur antaranya Sheikh Yahaya Patani, Tok Ramli, Sheikh Muhammad ‘Ali Maliki dan Sheikh Muhammad Mukhtar al-Jawi.

Bila Pak Cu Him kembali beliau mengambil alih pondok mertuanya, Haji Ismail Che’ Dol di Pondok Gajah Mati, Mukim Padang Pusing, Pendang setelah berkahwin dengan anak gadisnya yang bernama Hajah Zainab pada tahun 1926.

Pondok tersebut mendapat sambut penuntut Nusantara hingga mencapai 500 orang.

 

Beliau telah mengarang kitab “Fathul Jalil Wa Syifa Ghalil” pada 1966. Dalam karya ini beliau menggubah 51 bait syair Arab dan membuat ulasan atau syarah kepada tiap-tiap bait itu dalam Bahasa Melayu.

Kitab ini membicarakan antara lain tentang sifat mustahil Allah Taala iaitu qadim atau baharu. Selain karya yang diterbitkan ini, banyak catatan Pak Cu Him di dalam bahasa Melayu dan Arab mengenai fatwa agama, khutbah , syair Arab dan penjelasan mengenai Nahu Arab telah disusun tetapi tidak bercetak.

Haji Wan Ibrahim bin Haji Wan Abdul Kadir meninggal pada 11 Januari 1968 ketika berumur 75 tahun. Jenazahnya diabadikan di perkuburan masjid lama Kampung Gajah Mati berhampiran kubur Tok Ayah Haji Ismail Che’ Dol.

Ikuti Kami Di Facebook Ini

[wpdevart_like_box profile_id=”100089655426148″ stream=”hide” connections=”show” width=”330″ height=”100″ header=”small” cover_photo=”show” locale=”en_US”]

Juga Sertai Whatsapp Sejarah Nusantara

.
.
.
Anda memiliki tulisan mengenai Melayu yang ingin dikongsikan? Hantar di sini.

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok Demi Malaiu. Sertai Telegram kami DI SINI untuk kandungan yang menarik dan membangkitkan jati diri bangsa!

Artikel berkenaan

Leave a Reply

Back to top button