Agama

Tokoh Penyair ,Tok Selehong atau Tok Selehor (1872-1935)

Siri Tokoh Ulama Melayu Nusantara

 

Ringkas Biografi

Abdul Rahman bin Haji Uthman (1871 – 1935) ; nama penuhnya Haji Abdul Rahman bin Haji Uthman bin Senik atau lebih dikenali sebagai Tok Solehor atau Tok Selehong merupakan salah seorang tokoh ulamak Melayu yang terkemuka kerana mengembangkan syi’ar Islam di Nusantara.

Tokoh guru pondok paling terkemuka di Jajahan Tumpat selepas zaman Hj. Abdul Malek Sungai Pinang. Seangkatan dengan Tok Kenali, Tok Padang Jelapang, Tok Bachok, Tok Seridik dan Tok Kemuning.

Keilmuan Mengarang Syair

Nama sebenarnya ialah Hj. Abdul Rahman bin Hj. Osman. Juga dipanggil dengan nama Hj. Abdul Rahman Syair atau Tok Syair kerana kepandaiannya mengarang syair.

Seorang daripada guru awalnya ialah Hj. Abdul Malek Sungai Pulau Pinang yang berdekatan dengan kampungnya. Kemudian menyambung pelajaran di pondok Cha-ok, Patani –berguru dengan Tok Cha-ok @ Hj. Abdullah bin Mohd Akib. Akhir sekali pergi mendalami pengajian di Kota Makkah – berguru dengan Pak Chik Wan daud Pattani, Tuan Mokhtar Bogor,Tok Syafie kedah dan ramai lagi.

Selepas 18 tahun bermukim di Tanah Suci Mekah, pulang ke tanah Air(1921) lalu mengasaskan pusat pengajian pondok sendiri di pinggir Sungai Selehong.

Penyebaran Ilmu Tok Selehong

Di pondok inilah beliau mengajar dan mengembangkan pondoknya yang sangat dikenali ramai pada zaman itu. Bidang ilmu yang sangat ditumpukanya adalah  Tasawwuf dengan Syarah Hikam Ibn Ataa’llah Askandari sebagai teks utama.

Tok Guru Selehong masyhur sebagai ahli sufi yang zuhud.

Bagi tujuan supaya hatinya tidak tertambat kepada dunia, beliau menggali lubang khas dalam kawasan tanah perkuburan Islam berhampiran Pondok Selehong yang dijadikanya semacam kamar khusus sebagai tempat beliau beribadat dan bersuluk.

Bapa mertua kpd tuan guru Haji Ahmad Batu 3 Repek dan Haji Awang Beta ini kembali kerahmatullah pada jam 8.30 malam Khamis 18 Zulkaedah 1353 bersamaan 20 Februari 1935 dan dikebumikan dikubur selehong, Tumpat.

Juga Sertai Whatsapp Sejarah Nusantara

Anda memiliki tulisan mengenai Melayu yang ingin dikongsikan? Hantar di sini.

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok Demi Malaiu. Sertai Telegram kami DI SINI untuk kandungan yang menarik dan membangkitkan jati diri bangsa!

Artikel berkenaan

Leave a Reply

Back to top button