Selepas Tanah Melayu dijajah, yang berani berjihad di jalan Allah untuk memelihara tanah air banyak terdiri daripada golongan tok guru agama.
Namun setelah zaman berubah, tok guru agama seperti banyak menyembunyikan diri dan membiarkan ahli politik yang kurang agama memerintah.
Kesannya, negara jadi kucar-kacir dan masing-masing menyalah antara satu sama lain sedangkan jika tok guru agama sertai kepimpinan negara, Islam pasti dapat ditegakkan.
Ini tidak.. NGO tolak kepada tok-tok guru agama, tok-tok guru agama tolak kepada budak-budak, budak-budak tolak kepada orang tua dan akhirnya semua hancur.
Sudah tiba masa tok guru agama muda dan masih kuat cabar diri untuk sertai politik dan kawal kepimpinan negara berteraskan agama.
Jangan pula menunggang agama demi mengekalkan jawatan dan kuasa yang boleh ditarik pada bila-bila masa sahaja jika ingat dengan perintah Allah SWT.
Jika anda berminat untuk tahu lebih banyak tentang Ulama di Tanah Melayu boleh klik link di bawah:
>>Jasamu Dikenang: Perjuanganmu Diteruskan
>>Ulama adalah nadi pejuang kemerdekaan
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok Demi Malaiu. Sertai Telegram kami DI SINI untuk kandungan yang menarik dan membangkitkan jati diri bangsa!