Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary dikatakan telah mengeluarkan beberapa kenyataan salah yang menjuruskan kepada kekeliruan umat Islam di Malaysia.
Tindakan beliau juga ibarat jelas membelakangkan bidang kuasa Raja-Raja Melayu sebagai Ketua-Ketua Agama Islam seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.
Wakil kepada lebih 100 badan bukan kerajaan (NGO), Engku Ahmad Fadzil berkata, Ahmad Marzuk juga dilihat bersikap biadab, tidak matang serta memudaratkan pentadbiran baik dan kedaulatan undang-undang
“Ahmad Marzuk mendahulukan pendirian sempit peribadi sehingga mengelirukan orang ramai terhadap keputusan Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam (MKI) yang dianggotai oleh Mufti-Mufti seluruh Malaysia.
“Ahmad Marzuk juga tergamak memberikan kenyataan yang salah dan mengelirukan di dalam Dewan Negara pada 28 Mac 2022 berkaitan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah MKI ke-117 tahun 2020 yang dipersetujui oleh semua Mufti-Mufti,” katanya.
Lebih parah, beliau mengeluarkan kenyataan keras “Laknat Allah” di dalam laman sosial Facebook beliau
pada 9hb April 2022 (rujuk lampiran) yang difahami ramai sebagai pendirian menolak penjelasan pada 8hb
April 2022 oleh Pengerusi Jawatankuasa Muzakarah MKI yang dilantik oleh Majlis Raja-Raja (rujuk lampiran),
dan lebih serius dilihat sebagai kenyataan derhaka terhadap Titah DYMM Sultan Selangor pada 9hb April
2022 (rujuk lampiran) selaku Pengerusi MKI yang baru dipilih oleh Raja-Raja Melayu.
Justeru, lebih 100 NGO, mewakili suara rakyat marhaen yang prihatin mendesak agar YB Timbalan Menteri
Agama digantikan kerana beliau telah melakukan tindakan-tindakan yang membelakangkan bidang kuasa
Raja-Raja sebagai Ketua-Ketua Agama Islam sebagaimana termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan
dan menunjukkan sikap biadab dan tidak matang serta memudaratkan pentadbiran baik dan kedaulatan
undang-undang semata-mata kerana mendahulukan pendirian sempit peribadi sehingga mengelirukan
orang ramai terhadap keputusan Jawatankuasa Muzakarah MKI yang dianggotai oleh Mufti-Mufti seluruh
Malaysia.
Sehubungan itu, wakil lebih 100 NGO telah menyerahkan memorandum Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan kebawah DYMM Sultan Selangor sebagai sembah hasrat daripada rakyat marhaen kepada Institusi Diraja menzahirkan sokongan padu kepada Raja-Raja yang termaktub di dalam
Perlembagaan Persekutuan sebagai Ketua-Ketua Agama Islam yang beramanah menjaga kedaulatan Agama
Islam Ahli Sunnah Wal Jamaah, termasuk mempertahankan integriti institusi-institusi agama seperti MKI dan
JAKIM dari campur tangan tidak wajar oleh individu-individu politik yang tidak bertanggungjawab.