Antara kisah paling popular mengenai Hang Tuah dan Hang Jebat adalah kedua-dua saudara ini bertarung tapi apa yang menarik, ada 3 versi yang berbeza-beza.
Secara amnya, Hang Tuah mengikut arahan sultan manakala Hang Jebat pula menolak arahan sultan yang tak masuk akal.
Tikam-menikam berlaku dan Hang Jebat sampai berdarah tatkala ditusuk dengan keris Taming Sari.
Kain cindai dibalut pada perut untuk hilangkan bisa keris dan Hang Jebat sempat mengamuk sampai tiga hari.
Ini antara kisah yang cukup banyak disampaikan secara lisan malah ditulis semula dalam pelbagai penerbitan.
Namun apa yang Demi Malaiu ingin kongsikan dalam artikel ini adalah tiga lagi versi kisah yang ‘pecah kepala’.
Juga, kenali Siapa Hang Tuah>> ‘Hang Tuah keturunan Sekana, suku Melayu asli laut di Indonesia’
1) Hang Tuah Dan Hang Jebat Cuma Bersandiwara
Hang Tuah dan Hang Jebat sebenarnya tidak bertarung sebaliknya cuma bersandiwara.
Keadaan ini disebabkan Hang Tuah dan Hang Jebat adalah saudara seperguruan dalam persilatan.
Apabila seseorang pesilat itu telah berbaiah kepada tok guru masing-masing, agak aneh jika dilanggar.
Maka di sinilah logik itu terguna pakai apabila takkanlah Hang Tuah sanggup menikam Hang Jebat.
Paling tidak pun kalau orang Melayu dahulu kala benci-membenci, mereka akan menghalau sahaja.
Apa gila di minda Hang Tuah mahu pun Hang Jebat sampai sanggup saling berbunuhan sesama sendiri?
Pasti ada sesuatu cerita lain kerana tiada saksi mata pun yang menonton pertarungan sebenar dua pendekar ini.
2) Cuma Berlaga Keris, Alih Isu Kerana Maksiat
Dikhabarkan pada zaman kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka itu, maksiat terlalu berleluasa.
Amat menjadi satu perkara yang memalukan, bumi Melaka yang berdaulat dicemari perbuatan keji.
Untuk mengalihkan isu dan menakutkan orang awam, dikatakan Hang Tuah dan Hang Jebat ‘beraksi’.
Kononnya ia bertujuan menunjukkan Hang Tuah dan Hang Jebat benar-benar bertelingkah sampai marah.
Selama tiga hari tiga malam, dikatakan orang-orang Melaka cuma mendengar bunyi keris berlaga sahaja.
Tidak nampak pun Hang Tuah dan Hang Jebat bertarung namun bunyi keris berlaga tetap menakutkan.
3) Lagenda Lima Pendekar Melayu Melaka Tidak Wujud
Paling menyedihkan, ada generasi Melayu moden hari ini menolak kewujudan lagenda lima pendekar Melayu Melaka.
Ia termasuklah Hang Tuah dan Hang Jebat kerana sampai ke hari ini, kubur kesemua lagenda lima pendekar ini tiada.
Golongan ini berpendapat selagi tidak dapat dibuktikan secara saintifik atau penemuan sebenar, ia kekal dongeng.
Namun misi dan objektif untuk mencari dan membuktikan kesemua ini memang sukar kerana sokongan dan bajet.
Lainlah kerajaan Malaysia sejak 1957 berani memperuntukkan bajet untuk tujuan penemuan warisan agung Melayu.
Sudah pasti generasi Melayu hari ini bangga dan kagum selain bersungguh-sungguh mempertahankannya!
GEMPAR! Masjid Agong Kota Melaka Diruntuh Penjajah Bagi Bina AFamosa
MISI CAPAI 100,000 LIKE SEBELUM 31 DISEMBER 2022
[wpdevart_like_box profile_id=”100109992115173″ stream=”hide” connections=”show” width=”320″ height=”130″ header=”medium” cover_photo=”show” locale=”en_US”]Anda memiliki tulisan mengenai Melayu yang ingin dikongsikan? Hantar di sini.
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok Demi Malaiu. Sertai Telegram kami DI SINI untuk kandungan yang menarik dan membangkitkan jati diri bangsa!