Covid-19 adalah ujian Allah kepada umatnya di seluruh dunia namun untuk memutuskan rantaiannya, masing-masing bergantung kepada kaedah rawatan moden sahaja.
Walaupun ada kaedah perubatan mengikut sunnah rasulullah, ia dipandang sepi oleh pemimpin dan pakar beranggapan ia tidak layak dijadikan sebagai saranan nasional.
Yang harus dijadikan kitab rujukan untuk menyelamatkan nyawa adalah Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) yang sememangnya jelas tidak sealiran dengan Islam.
Oleh kerana rakyat Malaysia pun terpaksa mengikut fahaman WHO semata-mata pun mengatasi permasalahan ini, apa lagi pilihan yang rakyat anda?
Baca juga Kenali Maksud Bidaah Sebelum Mulut & Jari Ringan Nak Bidaahkan Orang
Apabila bercakap tentang setiap penyakit itu ada ubatnya dan ubatnya boleh dicari dan diamalkan ada pihak lain menuduhkan pihak yang bercakap ini puak ekstremis.
Menghentam dengan kata-kata makian dan cuba melemahkan psikologi rakyat dengan menegaskan, tidak ambil vaksin, masa hadapan akan menjadi sukar.
Memang vaksin adalah satu kaedah perubatan moden yang membolehkan rakyat yang terkena Covid-19 tidaklah begitu kritikal dan proses penyembuhannya lebih singkat.
Namun apa alasan pemimpin negara untuk berbalik semula kepada al-Quran dan memaklumkan sebagai saranan nasional tentang wujudnya penawar untuk sebarang penyakit?