Isu Semasa

Tiada Lagi Tali Leher, SJKT Wajar Diangkat Sebagai Ikon Semasa

Hari pertama persekolahan sesi 2023/2024 menyaksikan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) dekat PJS1 antara yang menyahut seruan Kementerian Pendidikan (KPM) untuk tidak lagi memakai tali leher.

Pemakaian tali leher adalah idea paling karut pernah dilaksanakan dalam sekolah-sekolah di Malaysia sejak bertahun-tahun sedangkan iklim negara banyak menerima panas, bukannya dingin.

Namun berdasarkan gambar yang dibidik oleh jurukamera agensi berita tempatan dalam sesi tinjauan, masih ramai pelajar di sekolah harian diseksa dengan memakai tali leher oleh pihak sekolah.

Masih ada pengurusan sekolah yang menyeksa pelajar untuk terus memakai tali leher dalam persekitaran iklim yang tidak sesuai.
Masih ada pengurusan sekolah yang menyeksa pelajar untuk terus memakai tali leher dalam persekitaran iklim yang tidak sesuai.

Entah kenapa masih ada pengurusan sekolah masih berdegil dan mahu terus menyeksa para pelajar dengan memakai tali leher sedangkan Kementerian Pendidikan (KPM) sudah memberi kelonggaran.

Kelonggaran yang disuarakan oleh Menterinya, Fadhlina Sidek adalah satu peluang baik buat sekolah untuk mewujudkan suasana selesa kepada anak-anak untuk terus belajar tanpa ‘rasa tercekik’.

Artikel Berkaitan > Anak Melayu Wajib Didoktrin Pakai Tali Leher Ikut Barat Untuk ‘Percaya’ Nampak Bertamadun!

Cukup sayang dan sangat memalukan apabila ada sekolah harian atau Sekolah Kebangsaan (SK) gagal melihat perkara ini dengan lebih luas selain tidak mencontohi trend yang dipopularkan Kerajaan Perpaduan.

Maka dalam membina semula jati diri bangsa dalam kalangan anak-anak, pengurusan sekolah harus membuang budaya karut seperti memakai tali leher kerana ia langsung tidak sesuai dengan persekitaran Malaysia.

@demi_malaiu

Kenapa masih ada sekolah seksa student dengan wajibkan pakai tali leher? Kan KPM dah bagi kelonggaran.

♬ original sound – Demi Malaiu – Demi Malaiu

Klik Untuk Sertai Group Demi Malaiu Di Sini

Lihat lagi

Artikel berkenaan

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker