Sebenarnya tiada benteng antara rakyat dan raja suatu masa dahulu di alam Melayu ini sebelum datangnya British yang memaksa sultan-sultan Melayu menerima mereka sebagai penasihat.
Kalau ingat kembali filem-filem Allahyarham Tan Sri P Ramlee sebelum datangnya British, rakyat boleh lihat raja dalam acara keramaian yang istana anjurkan.
Raja pula boleh mendapat apa-apa maklumat daripada rakyat secara bebas dan terbuka tanpa wujudnya benteng-bentang birokrasi yang leceh serta menyusahkan rakyat sehingga hari ini.
Setelah berpuluh-puluh tahun, apabila Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mencemar duli melihat kehidupan rakyat menerusi Kembara Kenali Borneo, daulat itu terserlah.
Hal ini demikian kerana rakyat memberi daulat kepada sultan yang merakyatkan diri dan apabila daulat itu dipulangkan kepada rakyat, rakyat akan memberi semula daulat itu mengatasi perkataan berbelah-bahagi.
Sesungguhnya, tindakan Al-Sultan Abdullah adalah satu tamparan kepada ahli politik yang merasakan mereka berkuasa namun tidak menjalankan amanah dengan baik.
Begitu juga dengan mereka yang bekerja di bawah Urusan Seri Paduka Baginda, banyak yang tidak disampaikan kepada rakyat sedangkan jalan yang buruk pun boleh cantik dalam satu malam sahaja.